Persoalan
sekularisme amat penting diteliti kerana ia menjadi pencetus kepada isme-isme
atau fahaman-fahaman moden yang lain. Daripada ideologi sekular ini, muncullah
fahaman-fahaman yang sangat bertentangan cara hidup Islam. Fahaman-fahaman moden
ini seperti materialisme, pragmatisme, logikalisme, kapitalisme, sosialisme, naturalisme
yang semuanya akan berakhir dengan teori Atheisme.
Munculnya fahaman-fahaman moden
Barat menjadi ancaman khususnya pada kefahaman Islam yang sebenar. Fahaman-fahaman
ini akan mudah mempengaruhi pemikiran umat Islam kerana Barat mempunyai
kekuasaan dan teknologi. Dengan itu, mereka dengan mudah serta dapat
menyebarkan ideologi mereka.
Ini
jelas kepada kita , pengetahuan tentang Islam dengan lebih mendalam amat penting
dalam usaha meningkatkan ilmu Islam dan menyebarkannya agar umat Islam tidak
mudah terpedaya dengan teori-teori yang boleh menjejaskan akidah mereka.
Tambahan lagi, Kesan ilmu agama yang cetek dan tanpa kawalan sosial serta tanpa
pendidikan Islam dari kecil lagi menyukarkan ilmu agama dapat disalurkan dan dijadikan
sebagai satu cara hidup.
Demikianlah,
ancaman kepada Islam terus berlaku. Ancaman ini disebut sebagai serangan
pemikiran dan ia merupakan ancaman besar dan berbahaya kepada Islam kerana Ia menyerang
prinsip asas ajaran Islam dengan prinsip asas mereka iaitu cuba memisahkan
urusan dunia dengan urusan akhirat dengan cara memisahkan setiap aspek
kehidupan manusia dalam prinsip agama Islam. Oleh itu, perlu difahami apakah
sekularisme dan sejauh mana ia bertentangan dengan Islam melalui penelitian
semula tentang prinsip-prinsip ajaran Islam.
Justeru,
kami tiga ahli berkumpulan telah membahagikan tugas dengan mencari pandangan
Islam terhadap sekularisme dengan meneliti dan cuba mengkaji serta membincangkan
bersama-sama. Seterusnya, kami akan membentangkan kepada 3 bahagian iaitu pertamanya definisi
sekular. Keduanya pula ialah pandangan Islam terhadap tiga prinsip asas sekular
dan ketiganya pandangan Islam terhadap pengaruh sekularisme dalam aspek-aspek
kehidupan manusia, yang mana semuanya merangkumi 6 aspek yang akan dibentangkan
dalam kertas kerja ini.. Kami berharap, kami dapat menjawab kepada persoalan
tajuk dan sekali gus membantu kami memahami lebih mendalam akan prinsip-prinsip
sekular yang jelas sangat bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
Dengan menilai semula dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
1.DEFINISI
SEKULARISME
Menurut Kamus Dewan Melayu sekular ialah berkaitan dengan
keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan. Sekularisme
pula bermaksud fahaman (doktrin, pendirian, dan sebagainya) yang menolak
nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia. Manakala isme
ialah kepercayaan ,gerakan politik atau keagamaan ,sikap serta perlakuan. (Shopuan
Anuar Ahmad 2003:77)
Sementara itu,
dalam Kamus Dewan Inggeris secular bererti duniawi.Secular adalah
berasal daripada kata Latin saeculum yang membawa makna yang menunjukkan
kepada masa dan tempat. Masa atau zaman yang dimaksudkan adalah merujuk kepada
masa sekarang atau masa kini. Manakala tempat pula merujuk kepada dunia atau
yang bersifat keduniaan. (Shopuan Anuar Ahmad 2003:77)
2.PANDANGAN
ISLAM TERHADAP PRINSIP SEKULAR
George Holyoake dalam ‘English Secularism’ yang diterbitkan pada
1896 menerangkan sekularisme sebagai Aturan peraturan yang berkaitan dengan
kehidupan, berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan dan disasarkan kepada mereka
yang mendapati ajaran agama tidak mencukupi, tidak boleh dipegang atau tidak
dipercayai. Mereka juga lebih mempercayai kepada kebijaksanaan akal mereka
sendiri .
Beliau mengetengahkan 3 prinsip penting iaitu:
•
Sains
adalah panduan hidup bagi manusia
•
Memperbaiki
kehidupan dengan cara kebendaan
•
Matlamat
yang menghalalkan segala cara
2.1. Sains Adalah Panduan Hidup Bagi Manusia
2.1.1 Tanggapan Sains Moden Barat
Kebanyakan saintis-saintis Barat telah membuat pentafsiran bahawa
alam tabi’i ini terjadi dengan sendirinya, tiada sesuatu kuasa ( di alam ghaib)
yang mencipta alam zahir. Mereka juga
membuat anggapan bahawa manusia wujud secara kebetulan menurut proses evolusi
dari suatu sel purba dan zat yang mati boleh menjadi zat yang hidup secara
kebetulan dan manusia wujud melalui proses perubahan haiwan yang telah
dimanipulasikan oleh teori Darwinisme yang mengatakan manusia asalnya daripada Mawas.(
Sulaiman Hj Noordin 1979:6) Tujuan
mereka ialah menafikan kewujudan tuhan dan manusia pertama bukanlah Nabi Adam
serta menafikan wahyu sehingga mereka lebih percaya pada kebijaksanaan akal
mereka .( Sulaiman Hj Noordin 1979: 33 )
2.1.2 Pandangan Islam terhadap Sains
Sains Barat Moden adalah ilmu yang telah tersebar luas dan sangat
berpengaruh di abad ini. Ia merupakan sebagai induk kepada pembangunan dan
kemajuan pada zaman ini iaitu dengan berasaskan Sains dan Teknologi, sama ada
di Barat mahupun di Timur, termasuklah di negara-negara yang sedang membangun.(
Sulaiman Hj Noordin 1979: 1 )
Namun masalah yang
muncul ialah Sains Moden telah dikembangkan oleh Barat Moden berdasarkan
falsafah yang menafikan adanya Allah, mengingkari
adanya roh, Nubuwwah, Wahyu dan Alam Akhirat. Acuan ilmu yang terpisah dari
agama inilah yang merupakan rupa bentuk sains yang kini diajar di
sekolah-sekolah dan di universiti-universiti di seluruh dunia. Hakikatnya ,
bahawa sains ialah ilmu Allah yang telah dianugerahkan kepada manusia untuk
mencari keredaan-Nya.( Sulaiman Hj Noordin
1979: 1 )
Sungguhpun dalam
Islam pernah mencapai ketamadunan gemilang hingga umat Islam memperoleh
kejayaan yang tinggi dalam bidang sains, namun, tetap meletakkan tidak
meletakkan ilmu sains lebih tinggi daripada pengajian Islam. Dan sesungguhnya
insan yang termulia di antara umat Islam adalah mereka yang bertakwa dan mempunyai ilmu Islam yang luas. .( Sulaiman
Hj Noordin 1979: 11)
Justeru, Sains
hanyalah suatu alat untuk memperjuangkan Islam dan membina ketamadunan umat
Islam. Kemajuan dalam bidang pengajian sains tabii bukan menjadi satu matlamat
utama dalam pandangan Islam. Hakikatnya Sains telah lahir dari penyatuan roh
Islam yang diterjemahkan dari al-Quran dan Sains yang telah sedia ada sekarang
adalah yang diwarisi oleh Islam. .( Sulaiman Hj Noordin 1979: 12 )
Tambahan lagi, Sains ialah Ilmu pengetahuan yang diatur
(sistematik) yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya. Ia mengandungi aspek
peninjauan dan eksperimen yang digalakkan oleh al-Quran. Dalam Islam alam Tabii
itu telah diceritakan di dalam al-Quran mengenai segala aspek yang berbentuk
penciptaan alam, tumbuhan, haiwan, dan manusia sendiri yang bertujuan untuk
manusia memahami kebesaran dan kebijaksanaan Allah S.W.T. Selain itu, ilmuwan
Islam juga banyak menjumpai fakta-fakta sains sangat berkait
rapat dengan ayat al-Quran.( Sulaiman Hj Noordin 1979: 6 ) Ini menjelaskan bahawa al-Quran
merupakan sumber ilmu sains kepada manusia selain daripada kebanyakan ilmu.
2.1.3 Pandangan Islam dalam menolak Teori Darwinisme
Pandangan Islam dalam menjiwai dan menghayati Sains sebenarnya
adalah supaya kita berfikir secara logik dengan menggunakan data maklumat yang
dikaji melalui pengalaman pancaindera tentang fenomena alam tabii. Islam juga
menyuruh umatnya supaya membuka minda untuk mencari kebenaran tentang apa yang
terbentang , bukan sahaja pada alam benda tetapi pada alam kelakuan dan diri. (Syed
Muhammad Dawilah 2007: 15). Oleh itu kita disuruh memikirkan dan cuba melihat
dengan mata hati dan akal tentang apa yang disampaikan supaya kita mencapai
taraf keyakinan .
Oleh sebab itu,
Allah bersifat Ar-Rahman, kerana Dia ingin manusia mengetahui dan memahami
beberapa perkara tentang dirinya ( manusia) , alam, dan juga tuhan iaitu Allah.
Di dalam firman-Nya jelas menunjukkan kekuasaan dan kebesaran dalam
penciptaan-Nya.
Kepunyaan-Nya lah kerajaan langit dan bumi, dan dia tidak mempunyai
anak dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan-Nya, dan Dia telah
menciptakan segala sesuatu dan Dia menetapkan ukuran-ukuran-Nya dengan serapi –rapinya.
( Surah al-Furqan 25: 2)
Jelas dalam firman Allah, dalam penciptaan , pemeliharaan
dan kekuasaan-Nya kepada hambanya. Oleh Itu, al-Quran mestilah dibaca dan
ditafsirkan dengan maksud yang sebenar dan difahami. Usaha mencari ilmu dan
kebenaran tentang tuhan menuntut kita merenungkan tentang mukjizat penciptaan
alam fizikal dan rohani yang pelbagai. (Syed Muhammad Dawilah 2007: 18).
Justeru, Wahyu Allah membolehkan kita menolak segala teori dan falsafah mereka
tentang kewujudan tuhan dengan wujudnya alam ini, bermakna pasti ada yang
menciptanya iaitu Allah.
Sememangnya kita
jelas bahawa teori evolusi Darwin cuba menuju kepada suatu kenyataan bahawa
nenek moyang asal manusia ialah kera purba atau beruk.Ini jelas menentang
kemuliaan penciptaan manusia sedangkan Allah mencipta manusia dengan
sebaik-baik kejadian. (Shopuan Anuar Ahmad 2003:63-64)
Tambahan lagi,
teori evolusi tidak akan sedikit pun menggugat umat Islam bahkan ia tiada
tempat dalam Islam. Al-Quran dan hadis dengan tegas dan jelas menyatakan bahawa
manusia yang pertama ialah nabi Adam
a.s. Daripada nabi Adam a.s penciptaan manusia bermula bukan daripada beruk
atau kera. (Shopuan Anuar Ahmad 2003:63-64)
Begitu sempurnanya
Allah dalam penciptaan manusia melalui peringkat-peringkat berikut. Firman
Allah:
Dan sesungguhnya Kami mencipta manusia daripada pati (berasal) daripada tanah, kemudian kami
jadikan pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh( rahim) , kemudian air
mani itu, Kami jadikan segumpal daging, lalu segumpal daging itu kami jadikan
tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami balut dengan daging .Setelah
sempurna kejadian itu, Kami jadikan dia makhluk yang lain sifat keadaannya.
Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. ( surah al-Mukminun 12-14)
Pendedahan dari wahyu al-Quran tentang kejadian manusia secara
terperinci membuktikan kebenaran al-Quran, bahawa ia adalah daripada Allah. Ketika
manusia belum mempunyai pengetahuan yang banyak tentang proses penciptaan
manusia, al-Quran telah menjelaskan tahap demi tahap perkembangan janin dalam
rahim. (Shopuan Anuar Ahmad 2003: 66)
Teori evolusi ini juga jelas menafikan wujudnya roh. Namun dari
sudut pandangan Islam , ia sangat bertentangan. Di dalam Islam, Roh walaupun
wujud di dalam tubuh manusia, tetapi ia tidak dapat dilihat (ghaib). Ini
menunjukkan adanya roh suatu ilmu yakin yang berdalil.Ini membuktikan bahawa
hasil pergerakan roh boleh mendatangkan keyakinan tentang wujudnya roh dalam
tubuh manusia, samalah seperti wujudnya penciptaan alam berserta
makhluk-makhluknya membuktikan wujudnya Allah sebagai Pencipta segala-galanya. (Ibnu
Muhammad 1996:33)
Begitulah sifat sains yang sentiasa menemui sesuatu yang baru dan
tersembunyi sebelumnya. Sains bergantung pada kekuatan akal manusia dan
penciptaan alat yang sentiasa diperbaharui
serta sentiasa terdedah dengan kelemahan. Oleh itu, sains semestinya
dibimbing oleh wahyu supaya ia tidak mengeluarkan teori-teori yang dapat menyesatkan
manusia daripada jalan yang benar. (Shopuan Anuar Ahmad 2003:74) Justeru, apa
yang perlu difahami, teori evolusi hanyalah sebagai satu teori ilmu
semata-mata.
Kesimpulannya, penghayatan agama sebenarnya bermaksud penghayatan
sains sekiranya dengan sains kita bermaksud untuk mencari kebenaran tentang
segala yang wujud iaitu manusia, alam dan Tuhan. Agama bertujuan memberikan
kita ilmu, panduan dan kesejahteraan melalui pengetahuan pancaindera yang
diproses oleh akal, di samping wahyu yang mengajar cara bagaimana kita harus
bertindak balas segala yang boleh mencapai kesempurnaan apabila disertai dengan
takwa. Kedua-dua agama dan sains adalah fitrah bagi manusia tanpa sains manusia
kerugian besar, apabila ilmu tentang yang nyata dan yang ghaib, dan amal disatukan
barulah kecemerlangan di dalam sains serta kehidupan keseluruhannya tercapai,
maka tercapailah juga objektif agama. (Syed Muhammad Dawilah 2007: 19-20).
2.2 Memperbaiki Kehidupan Dengan Cara Kebendaan
Prinsip – prinsip utama fahaman sekular adalah meningkatkan
penguasaan material di kalangan manusia.
Prinsip ini diperjuangkan oleh golongan sekular supaya mempengaruhi
pemikiran masyarakat. Idea ini Berjaya kerana pada masa itu, masyarakat Eropah sedang
berpolimik dengan golongan gereja yang didakwa menguasai pentadbiran atau
politik dan pemerintahan Negara. Matlamat kebendaan ini menjadi agenda penting
dalam prinsip perjuangan sekular. Ia ditonjolkan sebagai perkara yang perlu
dalam kehidupan masyarakat bagi mencari kebahagiaan yang sebenar dan berterusan
di dunia ini. Aliran pemikiran ini berpendapat, perjuangan kebendaan menjamin
mereka mencapai kehidupan yang bebas dan selamat (secure) ( Mardzelah Makshin
2006 : 75).
Tokoh ulama India iaitu Syeikh Abu Hassan Ali an-Nadwi telah
menerangkan di dalam buku beliau yang terkenal ialah Riddah La Abu Bakar Laha
(murtad: mengapa tidak ada Abu Bakar memeranginya). Di dalam buku ini, beliau
menyebutkan bahawa umat Islam kini menghadapi ancaman murtad yang lebih berbahaya
iaitu fahaman metarialisme (kebendaan) yang datang dari pengaruh barat.
Menurutnya, metarialisme merupakan fahaman yang berdasarkan penolakan kepada
agama dan pemikiran yang menafikan adanya Tuhan, alam ghaib, wahyu dan
kerasulan. Sungguhpun penganjur-penganjur falsafah kebendaan ini tidak
menganggapnya sebagai satu agama yang baru, namun pada hakikatnya falsafah ini
adalah sejenis agama yang baru. Fahaman baru ini sedang melanda dunia Islam tanpa
disedari oleh kita sendiri ( Muhd.Ramaizuddin Ghazali 2009: 111).
Al-Nadwi menjelaskan bahawa tamadun kebendaan yang menafikan
ketuhanan merupakan dajjal yang membawa kerosakan ke atas dunia ini. Tamadun
yang dilahirkan pada abad 17 dan mulai mencapai peringkat kematangan dalam abad
ini. Tamadun kebendaan ini meletakkan kebendaan dan pemiliknya sebagai suci dan
mengagungkan kebendaan dari segala-galanya.
Beliau turut menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan
fahaman ini dapat menawan jiwa orang-orang Islam. Antaranya ialah pertamanya
kelemahan orang Islam dari sudut keimanan, ijtihad dan ilmu pengetahuan.
Fikiran menjadi sempit dan keghairahan terhadap agama mereka telah lenyap sama
sekali. Keduanya para ulama tidak memainkan peranan yang sebenar dan tidak pula
berusaha untuk memimpin orang Islam lain terutama anak-anak muda Islam.
Ketiganya penjajahan yang berlaku ke atas negara-negara umat Islam. Orang-orang
Islam mengkagumi falsafah barat yang dianggap mengandungi kebenaran dan
kemajuan ( Muhd.Ramaizuddin Ghazali 2009:112).
Inilah di antara faktor yang menyebabkan fahaman ini meresap
dengan cepat ke dalam jiwa orang-orang Islam. Tambahan pula, ulama tidak
menyedari akan bahaya fahaman ini. Al-Nadwi melihat fahaman ini sebagai satu
ancaman yang besar kepada umat Islam. Akhirnya, kebanyakan pemimpin negara
Islam adalah hasil daripada pendidikan barat. Inilah sebab utama berlakunya
pertarungan antara dua alam pemikiran yang berlaku di dunia Islam menyebabkan
negara Islam terumbang-ambing.
Oleh itu, Islam sama sekali menolak prinsip sekularisme mengenai
cara memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan. Amalan fahaman meterialisme
ini hanya akan mengakibatkan umat Islam sibuk mengejar kebendaan dan melupakan
agama. bahkan Allah juga telah berfirman di dalam surah al- Imran, tentang
buruknya akibat mengikuti golongan kafir
w y7¯R§äót Ü==s)s? tûïÏ%©!$#
(#rãxÿx. Îû
Ï»n=Î6ø9$# ÇÊÒÏÈ
Óì»tFtB
×@Î=s%
¢OèO
öNßg1urù'tB ãM¨Zygy_ 4 }§ø©Î/ur ß$ygÎRùQ$# ÇÊÒÐÈ
Maksudnya
: Jangan sekali-kali Engkau (Wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan
orang-orang Yang kafir di Dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan
kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan Yang sedikit, (akhirnya akan
lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah
seburuk-buruk tempat ketetapan.
(Surah
al-Imaran: 196-197)
Di dalam Islam kita di ajar cara
memperbaiki kehidupan untuk mendapat kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga
akhirat. Orang yang mendapat kejayaan hakiki dan abadi adalah orang yang
memahami hakikat yang hidup ini hanya sementara dan dunia adalah tempat
berjuang demi kebaikan akhirat yang kekal abadi. Oleh itu, Islam mengajarkan umatnya supaya meningkatkan
ketakwaan dan keimanan kepada Allah untuk memperbaiki lagi diri dan kehidupan.
Keimanan adalah kunci kepada kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Apabila kita
beriman kepada Allah maka kita akan melakukan segala perintah-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya. Hidup yang dilandasi Islam nescaya orang itu akan
mendapat ketenangan serta kebahagiaan kerana telah mengabdikan dirinya kepada
Allah S.W.T semata- mata. Maka sesiapa yang mengejar akhirat nescaya dunia akan
mengejarnya juga.
2.3 Matlamat Yang Menghalalkan Segala Cara
Menurut golongan sekular, apa sahaja perbuatan yang baik yang
dilakukan adalah baik sama ada ia dilakukan dengan cara yang baik atau tidak.
Hal ini kerana, golongan sekular berpendapat bahawa penilaian baik buruk
sesuatu perkara adalah berdasarkan penilaian manusia semata-mata. Walaupun perkara yang dilakukan itu baik pada
pandangan manusia, tetapi belum tentu ia baik
pada pandangan Allah SWT.
Namun, berbeza dengan ajaran Islam iaitu, sesuatu perkara yang
dilakukan adalah bergantung pada niat. Seperti dalam hadis Rasulullah SAW
riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “sesungguhnya semua perbuatan
dimulai dengan niat”. Adakah kita melakukan sesuatu itu dengan niat yang
baik atau sebaliknya. Sekiranya baik niat kita, maka baiklah pekerjaan yang
dilakukan kita itu di sisi Allah walaupun di sisi manusia tidak memandangnya.
3.PANDANGAN
ISLAM TERHADAP PENGARUH SEKULAR DALAM ASPEK-ASPEK KEHIDUPAN UMAT ISLAM
Islam adalah suatu sistem (cara hidup) yang sempurna, menyeluruh
dan lengkap yang merangkumi aspek-aspek aqidah, agama, pemerintahan, sosial,
ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
3.1 Dalam
aspek agama
Dalam aspek agama, sekular telah memberi kesan dengan membawa Fahaman
pluralisme agama iaitu Negara harus membebaskan rakyat mengamalkan
apa-apa agama, Fahaman pluralisme juga melihat bahawa semua agama harus
dipandang sama dan memiliki kedudukan yang sama.
Dari sudut
pandangan Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam untuk memasuki Islam.
Firman Allah: Tiada paksaan dalam agama (surah al-Baqarah: ).Namun Islam melarang
keras mereka yang menganut agama Islam diberi kebebasan percuma untuk keluar
dari Islam dan memilih agama yang disukainya.
Islam menghargai toleransi agama lain tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama. Dengan
erti kata lain Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh orang
Islam adalah Tuhan yang disembah oleh agama lain. Penyelesaian Islam terhadap
pluralisme agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identiti agama
masing-masing Firman Allah: untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku
[Al Kafirun:6]. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pluralisme_agama)
Jelas bahawa Agama
Islam itu sudah lengkap dan sempurna. Dalam firman Allah:
Pada hari ini aku sempurnakan bagimu agamamu, dan aku sempurnakan
ke atasmu nikmatku dan aku redai Islam sebagai agamaku. (surah al-Maidah :3)
Ini menjelaskan bahawa agama Islam satu-satunya pilihan agama yang
akan mendapat keredaan di sisi Allah.
Dalam Islam tiada ajaran
yang boleh dipadankan dengan fahaman sekularisme kerana Islam ialah ad-Deen
atau suatu cara hidup. Ajaran Islam tidak memisahkan antara manusia dengan
pencipta atau antara khaliq dengan makhluknya. Ajaran Islam adalah merangkumi
seluruh kehidupan manusia sama ada dunia ataupun akhirat. Kerana itu, Islam
mengatur hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah. Nilai dalam Islam adalah nilai yang universal
dan mutlak. Tambahan lagi, Islam sangat mementingkan soal kepentingan rohani
dan jasmani. Tumpuan kepada jasmani sahaja membuatkan manusia itu tidak
seimbang.Dan agama ini bersifat Rabbani iaitu agama ini datang dari Allah (Shopuan Anuar Ahmad 2003: 94)
Justeru, jelas kepada
kita bahawa sekularisme dari aspek agama ini sangat bertentangan dengan agama
Islam kerana segala tingkah laku manusia tidak terlepas daripada ikatan syarak.
Oleh itu, tiada sebab mengapa umat Islam perlu meniru gerakan pembebasan
daripada agama seperti di Eropah. (Shopuan Anuar Ahmad 2003: 96-97)
` Oleh itu, Perbuatan memutuskan hubungan kehidupan dengan agama
sama dengan menafikan Allah dalam menentukan peraturan. Maka berlakulah tiada
agama. Akhirnya tuhan tiada tempat dalam kehidupan. Hidup hanya di dunia tiada
kehidupan selepas ini untuk pembalasan. Matlamat akhir sekular ialah manusia
adalah manusia, Tuhan adalah Tuhan, dunia adalah dunia, dan akhirat adalah
akhirat.(Shopuan Anuar Ahmad 2003: 110)
3.2
Dalam aspek aqidah
Dalam aspek aqidah pula, Sekularisme mendorong munculnya liberalisme
dalam berfikir di segala bidang. Kaum intelektual Barat ingin mengembalikan
semua perkara kepada kekuatan akal manusia. Termasuk melakukan reorientasi
terhadap segala sesuatu yang berkaitan dengan hakikat manusia, hidup dan
kewujudan alam semesta ini. Munculnya berbagai aliran pemikiran seperti: Marxisme, Darwinisme,
Freudianisme dan lain-lain yang mengenepikan nilai-nilai spiritual. Mereka
menafikan adanya Pencipta, mengingkari misi utama Pencipta menciptakan manusia,
alam semesta dan kehidupan ini, dan mereka lebih suka menggunakan logik akal
sendiri.
Matlamat akhir
sekularisme ialah manusia tidak bertuhan. Dunia ketika itu akan menganut
fahaman ateis dan menanti saat kehancuran kerana tiada nilaian atau ukuran yang
dapat dipegang oleh manusia kecuali berpegang kepada akal semata-mata. (Shopuan
Anuar Ahmad 2003: 100)
Akidah Islam adalah pakej yang mesti diimani secara menyeluruh.
Tidak boleh beriman secara sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.
Mengingkari salah satu darinya atau bahagian tertentu menyebabkan akidahnya
ditolak. (Shopuan Anuar Ahmad 2003: 102)
Kepercayaan akidah kepada
enam rukun iman yang melibatkan iman, yang mana ia adalah untuk memperkuatkan tali
hubungan dengan suatu pegangan dan landasan yang teguh agar menenangkan hati
dan jiwa ketika penyerahan diri kepada Allah. Apabila kita benar-benar beriman
dan menyakini dengan dua unsur ini iaitu aqidah dan syariah yang bergandingan
antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan dengan akidah yang sentiasa
ditegakkan oleh iman dan syariah yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunah. (M.
Junaid 1996: 68) Ini jelas menunjukkan, pegangan yang dipegang adalah al-Quran
dan al-Sunah yang bersandarkan wahyu yang diturunkan kepada nabi Muhammad
s.a.aw. dan bukan kepada logik akal semata-mata sebagaimana fahaman
sekularisme.
Antara ciri-ciri umum akidah ketuhanan ialah menyakini kewujudan
yang maha esa, menafikan sifat keserupaan dan kekurangan bagi Allah, tidak cuba
menyingkap zat Allah tetapi memerhatikan kejadian Allah tanpa berfikir akan
zat-Nya. (Shopuan Anuar Ahmad 2003: 103-104)
Akidah ketuhanan yang
paling asas sekali ialah Tauhid Rububiyyah iaitu iktikad( kepercayaan atau
pegangan) adanya Tuhan langit dan bumi. Pengakuan bahawa Allah sahaja sebagai
pencipta kesemua makhluk. Namun, golongan ateis, materialis dan sebagainya menolak
kewujudan tuhan dengan hanya menyakini logik akal melalui bukti-bukti daripada
sains semata. (Shopuan Anuar Ahmad 2003: 105-106).Seterusnya Tauhid Uluhiyyah
dibina atas keikhlasan beribadat kepada Allah zahir dan batin.
Jika kita lihat, bagi
mengetahui Tauhid Rububiyyah, manusia dapat mencapainya dengan kekuatan fikiran
dan pengamatan terhadap alam ini. Tetapi Tauhid Uluhiyyah , manusia memerlukan
utusan Allah yang bergelar rasul bagi menjelaskannya.
Antara tuntutan
Uluhiyyah ialah wajib mengikhlaskan kecintaan kepada Allah, wajib menumpukan
doa, tawakal dan mengharapkan Allah semata-mata, Wajib hanya takut kepada Allah
sahaja, dan wajib menghadapkan kesemua ibadat hanya kepada Allah. Namun kita
dapati bahawa, Pengaruh sekular dari aspek akidah ini telah melibatkan fahaman
materialisme dalam kehidupan manusia. Manusia lebih berharap akan pergantungan
kepada material atau kebendaan dengan harta dan sebagainya apabila mendapat
malapetaka. (Shopuan Anuar Ahmad 2003: 114-115).
Tambahan lagi,
manusia materialistik ini hanya menumpukan dunia sehingga mengabdikan diri
kepada kebendaan atau dunia daripada mendahulukan ibadat kepada Allah.
Sekiranya ia menyakini bahawa kebendaan atau makhluk memberi kesenangan atau
memberi kemudaratan kepadanya, sesungguhnya dia telah pun jatuh kepada syirik
kepada Allah. (Shopuan Anuar Ahmad 2003: 114-115).
3.3
Dalam aspek pemerintahan
Di dalam
pengaruh sekularisme di dalam pemerintahan atau politik telah muncul beberapa
orang pelopor antaranya adalah Niccola Marchiavelli yang dianggap sebagai
pelopor pemikiran modern dalam bidang sains politik. Marchiavelli boleh
dikatakan sebagai salah satu pelopor keberhasilan sekularisme. Ini di tunjukkan
oleh tulisannya yang sangat mendasarkan pada prinsip pragmatism dalam
berpolitik. ( Pranoto 2010: 115).
Setelah
beliau memerhati tingkah laku pemerintah yang dianggapnya Berjaya seperti
Cesare Borgia, dalam memerintah maka beliau membuat kesimpulan bahawa
pemerintah yang berjaya haruslah tidak memiliki belas kasihan kerana ia hanya
boleh bertahan ketika ia berlaku kejam, licik dan mampu menimbulkan ketakutan
pada subjeknya. Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa agama hanya
diperlukan sebagai alat kepatuhan, bukan kerana nilai- nilai yang terkandung
dalam agama tersebut ( Pranoto 2010: 115).
Syeikh
Muhammad Abduh menolak adanya pemisahan agama dari Negara atau pemisahan
kekuasaan keagamaan dari kekuasaan orang awam dengan alasan bahawa pemerintah
pada suatu Negara tidak akan terlepas dari agama yang dianutinya dan juga tubuh
ada jiwa, jika seorang pemerintah menguasai tubuh manusia dan golongan agama
menguasai jiwa mereka. Maka bagaiman terjadi pemisahan antara agama dan Negara.
Pendapat ini mengungkapkan tentang reality bahawa di dalam tubuh ada jiwa yang
tidak mungkin tepisah. Begitu juga agama dan Negara tidak mungkin dapat
dipisahkan kerana agama adalah politik dan politik adalah agama. agama adalah
sesuatu yang menjadi panduan didalam segala aspek kehidupan manusia (Nawal ,
Hibah 2002: 84-85).
Oleh
itu, Islam ini sememangnya tidak dapat di pisahkan di dalam pemerintahan
sesebuah Negara seperti yang dicanangkan oleh golongan sekular itu. Sistem yang
dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w bersama dengan kaum mukminin yang hidup
bersama baginda di Madinah merupakan sistem politik yang terbaik dan pendapat
ini tidak dapat disangkal lagi. Hakikatnya, Islam merupakan agama yang sempurna
merangkumi urusan- urusan kebendaan dan rohani, dan mengurus tingkah laku
manusia dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Bahkan para ilmuan Islam
merangkum kedua hal itu dan tidak dapat dipisahkan kedua- duanya ( Dhiauddin
2001: 4).
Antara
pendapat tokoh Islam iaitu Hasan al-Banna di dalam pendapat beliau mengenai
masalah politik. Beliau berpendapat “jika ada yang menyangka bahawa agama tidak
berkaitan dengan politik atau bahawa politik bukan sebahagian dari sasaran
agama, bererti orang itu telah menzalimi dirnya sendiri, dan menzalimi
keilmuannya terhadap Islam. Begitu juga
pendapat Imam al-Ghazali r.a yang berkata “ ketahuilah , syariah adalah dasar,
dan raja adalah penjaganya. Sesuatu yang tidak ada penjagaannya akan hilang.
Daulah Islam tidak akan berdiri kecuali berdasarkan dakwah, sehingga menjadi
agama risalah, bukan sekadar urusan pentadbiran, dan tidak menjadi pemerintahan
yang bersifat material, beku dan tuli, yang tidak mempunyai roh. Dan dakwah
Islam pun tidak berdiri kecuali di bawah naungan penjagaan Negara, bantuan dan
kekuatannya (Herry 2008 : 203) .
Pendapat
ini turut disokong oleh segelintir orientalis barat seperti Dr. V. Fitzgerald
yang berkata “ Islam bukanlah semata- mata agama, tetapi juga merupakan sebuah
sistem politik. Walaupun pada dekad- dekad terakhir ini terdapat beberapa
kalangan dari umat Islam yang mengaku mereka sebagai kalangan modernis, yang
berusaha memisahkan kedua- dua perkara itu. Namun seluruh gugusan pemikiran
Islam dibangun di atas landasan bahawa Islam dan politik itu saling berhubung
kait dan selaras serta tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain ( Dhiauddin
2001: 5).
3.4 Dalam aspek sosial
Dalam aspek sosial pula, sekularisme telah banyak mengakibatkan
berlakunya kepincangan dalam kehidupan masyarakat Islam hari ini. Kesan yang
paling nyata dari pemikiran sekularisme ialah perubahan dalam perwatakan
individu. Perubahan perwatakan ini bermaksud, seseorang itu tidak lagi
mementingkan kehidupan beragama tetapi lebih kepada menurut hawa nafsu, yang
mana ia seterusnya mengakibatkan berlakunya kekosongan jiwa (Prof. Dr. Sidek
Baba 2007: 31).
Kesan daripada
kekosongan jiwa itu pula telah mengakibatkan moral dan akhlak para remaja
khusus dalam masyarakat Islam hari ini kian runtuh. Contoh yang paling jelas
yang boleh kita lihat ialah masalah pergaulan bebas di kalangan remaja masa
kini. Ia merupakan pengaruh daripada ajaran sekular. Menurut sekular, mereka
menghalalkan percampuran lelaki dan perempuan, zina, gay, lesbian dan lain-lain
perkara sosial yang negatif (Prof. Dr. Sidek Baba 2007: 31).
Kesan dari
semua itu, timbulnya pelbagai masalah sosial yang berlaku dikalangan
remaja-remaja hari ini. Bercanggah dengan ajaran yang dianjurkan oleh agama
Islam. Dalam Islam, pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah sesuatu
perkara yang dipandang secara serius. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa
pergaulan merupakan fitrah bagi manusia. Islam tidak menghalang pergaulan di
kalangan remaja, malah ia digalakkan, tetapi perlulah bergaul secara sihat yang
mengira batas muhrim dan juga jenis aktiviti yang dilakukan. Islam mengharuskan
pergaulan antara lelaki dan perempuan hanya atas dasar menuntut ilmu, melakukan
kerja-kerja berfaedah dan menjauhkan pergaulan dari mendatangkan fitnah (Prof. Dr. Sidek Baba 2007: 31).
3.5 Dalam aspek ekonomi
Dalam aspek ekonomi, sebagaimana diketahui golongan sekular
meletakkan keduniaan sebagai matlamat yang tidak ada kaitannya sama sekali dengan
tuhan dan akhirat, maka bagi
merealisasikan matlamat sekular, mereka menggubal sistem-sistem secara sesuka
hati bagi memuaskan kehendak material semata-mata. Golongan sekular berteraskan
ekonomi yang mencari keuntungan tanpa mempedulikan apa-apa nilai wahyu, mereka
mengutamakan kepentingan individu atau golongan tertentu sahaja serta menindas
golongan yang lemah di atas prinsip siapa yang kuat, dialah yang berkuasa. (ZainiNasohah2004:
172).
Antara sistem
yang diguna pakai adalah konsep riba. Riba bukanlah sesuatu perkara yang baru.
Ia telah wujud sejak dahulu lagi. Sebenarnya konsep riba membantut pertumbuhan
ekonomi manusia. Ia diibaratkan sebagai lintah yang menghisap darah manusia.
Akhirnya para peminjam hutang secara riba, terpaksa dihambakan oleh tuan yang
punya harta tersebut yang semakin lama semakin bertambah hutangnya kerana gagal
membayar hutang tersebut. Oleh sebab golongan sekular hanya berpijak kepada
memberi keseronokan peribadi sahaja dengan segala apa yang didapati walau
dengan apa cara sekalipun. Inilah yang membezakan ekonomi Islam dengan sekular.
(ZainiNasohah2004: 172).
Dalam ekonomi Islam, untuk mendapat keuntungan alternatif yang ada,
ia bukanlah dengan jalan riba, tetapi ia berasaskan sistem jual beli dan
mudarabah. Dalam Islam,Allah SWT telah menjelaskan bahawa jual dan riba adalah
berbeza. Jual beli adalah dihalalkan dan riba pula adalah diharamkan. (ZainiNasohah2004:
172).
Sekalipun konsep jual beli antara agama Islam dengan sekular adalah
sama, iaitu dengan adanya ijab qabul, tetapi dalam Islam, ia berdasarkan niat
kerana Allah SWT yang mempunyai hubung kaitkannya dengan akhirat, tanpa ada
unsur penipuan untuk kepentingan peribadi semata-mata. Berbeza dengan sekular,
yang hanya mementingkan keduniaan semata-mata dan menindas golongan yang lemah
(ZainiNasohah2004: 172).
3.6 Dalam aspek pendidikan
Di dalam
pengaruh sekularisme terhadap pendidikan, golongan sekular telah menanamkan
fahaman bahawa ilmu pengetahuan hanya di perolehi daripada akal manusia, bukan
dari agama. mereka juga menyatakan bahawa ilmu pengetahuan itu adalah bersifat
bebas nilai. (A.Rahman 2005:124).
Pendirian
ini dipegang oleh golongan sekularisme kerana mereka berpendapat ilmu
seharusnya terpisah daripada nilai moral dan agama. fahaman seperti ini wujud
hasil daripada proses sekularisme ilmu di bawah perancangan gerakan Yahudi
Freemason sejak zaman Renaisans di Eropah. Mereka mendakwa bahawa ilmu
pengetahuan seharusnya bebas dari kongkongan nilai moral dan agama tetapi
mereka mengisikan dengan fahaman- fahaman sekular yang anti agama dan anti
moral. (A.Rahman 2005:124).
Golongan ilmuwan Cuma memaparkan apa yang
menjadi kenyataan, sedangkan golongan ulama yang momited mengutamakan apa yang
seharusnya terjadi. Prof. Dr. Hamka sendiri pernah mengatakan bahawa seorang “akademisi”
(lepasan univerisit) hanya berfikir menurut apa yang ada berdasarkan fakta,
sedangkan seorang “akademisu” (lepasan surau) berfikir menurut apa yang
semestinya dan terikat dengan cita- cita dan perjuangan. (A.Rahman 2005:124).
Selain
itu, Hassan al-Banna juga turut mengkritik kesan yang terhasil daripada sistem
pendidikan moden barat yang menyemaikan keraguan dan ajaran sesat dalam
pemikiran orang Islam. Pendidikan menurut ajaran Islam hendaklah selari dengan
ajaran Islam. Ilmu utama yang perlu adalah ilmu yang berkaitan Islam itu
sendiri kerana Islam itu sudah mencakupi segenap aspek kehidupan dari segi
rohani dan jasmani. Dasar ini bagi mencapai tujan pendidikan Islam itu sendiri
(A.Rahman 2005:124).
Antara
pendapat ulama mengenai tujuan pendidikan Islam ialah Naquib al- Attas
menyatakan bahawa tujuan pendidikan yang penting haru diambil dari pandangan
hidup ( philosophy of life). Jika pandangan hidup itu Islam maka tujuannya
adalah membentuk manusia sempurna (insan Kamil) menurut Islam. Selain itu, Abd ar-Rahman an-Nahlawi
berpendapat bahawa tujuan pendidikan Islam adalah mengembangkan fikiran manusia
dan mengatur tingkah laku serta perasaan mereka berdasarkan Islam yang dalam
proses akhirnya bertujuan untuk merealisasikan ketaatan dan penghambaan kepada
Allah di dalam kehidupan manusia. (Mah Roqib 2009: 29).
Fahaman
Sekularisme dilahirkan di Barat dalam zaman dan suasana yang tersendiri.
Suasana itu amat berbeza dengan suasana negara umat Islam. Islam adalah berbeza
daripada falsafah dan agam-agama yang lain. Fahaman Sekularisme tidak mempunyai
relivansinya dengan Islam. Ternyata negara-negara yang secara mengikut aliran
sekularisme tidak mendapat manfaat apa-apa selain daripada porak-peranda
masyarakat dan rakyatnya.
Setelah jelas kepada kita bahawa
Islam cukup sempurna dan sesuai untuk dijadikan satu cara hidup tanpa
memisahkan urusan dunia dan akhirat dalam setiap aspek kehidupan manusia.
Keseimbangan hidup yang selari dengan syariat memberi kehidupan yang baik
kepada manusia tanpa perlu memikirkan secara logik akal tentang kewujudan Allah tetapi berfikirlah
melalui penciptaannya serta sentiasa bergantung kepada Allah kerana Allah yang mencipta manusia ,
alam dan makhluk sebagainya.
Justeru penekanan yang telah dibuat,
hasil semua pembincangan ini menjelaskan bahawa umat Islam perlu disedarkan
dengan menyebarkan fahaman sekularisme yang boleh menjejaskan akidah dan sekali
gus merosakkan kehidupan masyarakat Islam dan negara Islam. Pendedahan dengan
pandangan Islam perlu diperluas bahawa Fahaman inilah ibu kepada fahaman atau
ideologi lain yang akhirnya terus menafikan kewujudan Allah sebagai tuhan dan
pencipta.
Begitulah perancangan Yahudi bagi
menghapuskan umat Islam selepas tentera Salib gagal dan penat menyerang melalui
ketenteraan kemudian bertukar kepada strategi halus iaitu melalui serangan
pemikiran yang telah menular di dalam masyarakat Islam hari ini, yang mana
strategi ini bagi menghancurkan Islam.
Justeru,
Penekanan dalam soal ajaran Islam perlu diperhebat dan dilancarkan bagi
membasmi keruntuhan akhlak dan sosial masyarakat dan memastikan setiap ruang pendidikan,
pentadbiran, ekonomi jauh dari unsur dualisme yang boleh menghancurkan
institusi keluarga, masyarakat dan negara.
Masanya
sudah tiba untuk umat Islam kembali pada ajaran dan pegangan agama yang suci
ini. Tidak ada jalan lain menebus dan menyelamatkan umat Islam daripada
penindasan umat lain kecuali kembali kepada Islam dan mengikuti ajarannya.
bleh email pada saya soft copy artikel diatas dalam pdf asal? atau bleh bagi no utk saya hubngi? saya buat artikel ni sbagai rujukan saya n nak tahu muka surat... 0179861051 abudailami@gmail.com
BalasPadambleh email pada saya soft copy artikel diatas dalam pdf asal? atau bleh bagi no utk saya hubngi? saya buat artikel ni sbagai rujukan saya n nak tahu muka surat...0177060614 / aida2784@yahoo.com
BalasPadamboleh email pada saya soft copy artikel di atas dalam pdf asal? saya buat artikel ni sebagai rujukan saya and nak tahu muka surat. 0125462602 / ainlufias@gmai.com. harap awak dapat reply comment saya secepat mungkin. :)
BalasPadamassalamualaikum.. boleh minta izin untuk menyalin artikel ini.
BalasPadamsalam. boleh saya dapatkan artikel tuan/puan dalam bentuk pdf asal. saya ingin gunakan artikel ini sebagai rujukan untuk tugasan saya. harap tuan/puan dapat membantu. ummisyahirah03@gmail.com
BalasPadamsalam. boleh saya dapatkan artikel tuan/puan dalam bentuk pdf asal. saya ingin gunakan artikel ini sebagai rujukan untuk tugasan saya. harap tuan/puan dapat membantu. syazaana@gmail.com
BalasPadamAsalammualaikum, boleh saya dapatkan salinan asal dalam bentuk pdf artikel tuan/puan ini sebagai rujukkan. Emaikan ke im.jiwakacau@gmail.com terima kasih.
BalasPadamAssalamualaikum, boleh saya dapatkan artikel tuan/puan dalam bentuk pdf asal untuk dijadikan rujukan? Emailkan ke saya faizalsani1234@gmail.com
BalasPadamAssalamualaikum, boleh saya dapatkan artikel tuan/puan dalam bentuk pdf asal untuk dijadikan rujukan? Emailkan ke saya ridhwanfee@gmail.com . saya nak tahu jugak menngenai muka surat. Terima kasih
BalasPadamAssalamualaikum, boleh saya dapatkan artikel tuan/puan dalam bentuk pdf asal untuk dijadikan rujukan? Emailkan ke saya anisahlan09@gmail.com , syukran
BalasPadamSalam boleh saya tau di mana rujukan daripada blig ini?
BalasPadamassalamualaikum, boleh saya dapatkan artikel ni dalam bentuk pdf? tolong emelkan at norsyamimiruslan@gmail.com. tq
BalasPadamassalamualaikum, boleh saya dapatkan pdf bagi artikel ini di maisarahrosli554@gmail.com
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamr
BalasPadamassalamualaikum, boleh saya dapatkan pdf bagi artikel ini di safarena73@yahoo.com
BalasPadam