Keluarga
ialah satu institusi sosial yang paling penting dalam masyarakat.Ia juga merupakan
sebahagian dalam cabaran mewujudkan keluarga Islam yang berlandaskan syarak.Oleh
itu, keluarga Islam perlu diwujudkan kerana ia berfungsi untuk membimbing
ahlinya ke jalan yang diredai oleh Allah SWT (Ahmad RedzuwanMohdYunus 2011: 42
).
Ia
akan terbentuk melalui perkahwinan dan setiap ahli keluarga berperanan
melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut suruhan yang telah ditetapkan
Islam khususnya peranan ibu bapa dalam membentuk rumah tangga Muslim. Justeru,
usaha pembentukan keluarga yang dituntut dalam Islam akan terhasil sekiranya
suami isteri atau ibu bapa memainkan peranan ( Ahmad RedzuwanMohdYunus 2011: 49
).
Tambahan
lagi, bagi melahirkan rumah tangga Muslim yang berkualiti maka pendidikan Islam
perlulah diberikan kepada mereka. Oleh itu, peranan ibu bapa di dalam mengurus
pendidikan rumah tangga Muslim ialah melalui pendidikan yang selari dengan
acuan Islam.Dengan adanya Pendidikan Islam di dalam rumah tangga Muslim ,maka
akan berpeluang untuk melakukan pembersihan diri ( Ahmad RedzuwanMohdYunus
2011: 39 ).
Justeru,
mewujudkan rumah tangga Muslim yang berkualiti, ibu bapa perlulah memberikan
pendidikan Islam kepada anak-anak, ini kerana, pendidikan ibu bapa kepada
anak-anak mendorong untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran dosa
melalui amalan-amalan pembersihan jiwa yang akan melahirkan insan yang memiliki
keimanan yang mantap. Justeru , pendidikan Islam yang mencakupi semua aspek
kehidupan telah membentuk masyarakat Islam yang cemerlang dan berperanan
memimpin umat yang lain di atas muka bumi ( Ahmad RedzuwanMohdYunus 2011: 41 ).
Di
sini, kami telah membahagikan sub topik iaitu bermula dengan definisi,
ciri-ciri, cara pendidikan berkesan kepada anak-anak dan kaedah-kaedah asasi
dalam pendidikan anak dalam Islam secara berperingkat. Kami berharap kertas
kerja ini dapat menjawab kepada persoalan tajuk dan sekali gus dapat memberi
faedah keilmuan sama ada dari segi teori dan aplikasi untuk dilaksanakan dalam
kehidupan yang mana ia bermula dari rumah tangga Muslim.
Definisi Keluarga
Keluarga pula dijelaskan bahawa terbina disebabkan ikatan
perkahwinan ataupun darah yang terdiri daripada suami, isteri, anak-anak,
datuk, nenek,sanak-saudara dan kaum kerabat.Dengan adanya ahli keluarga
tersebut ,institusi ini menjadi kuat dan utuh (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus 2011: 43).
Ciri-Ciri Khusus Institusi Kekeluargaan Islam ( Siti Zalikhah Md.Nor
dan Zaleha Kamaruddin 2010: 2).
1.
Institusi
kekeluargaan Islam merupakan satu institusi yang diwahyukan. Institusi ini
terbentuk bukan berdasarkan pengalaman hidup atau melalui proses pencarian
manusia (human discovery)
2.
Kehidupan
sebuah keluarga Muslim perlulah berlandaskan tauhid. Iman merupakan teras hidup
Muslim.Oleh itu, setiap anggota keluarga khususnya ibu bapa di dalam memberi
contoh teladan kepada anak-anak dengan mematuhi segala perintah Allah dan
Rasul-Nya.
3.
Keluarga
Muslim mestilah hidup dalam kelompok masyarakat bukan mengasingkan diri.
Hubungan dengan pihak lain juga dituntut oleh syarak seperti menghormati jiran
dan sebagainya.
4.
Institusi
keluarga Islam merupakan satu bentuk perlindungan jaminan sosial serta
pengagihan tanggungjawab.
PENDIDIKAN BERKESAN KEPADA ANAK
Akhir-akhir ini polemik mengenai pendidikan anak-anak berbangkit
lagi. Sesetengah ibu bapa kadang-kadang beranggapan tugas mendidik adalah tugas
sekolah semata-mata.Ramai ibu bapa bersikap lepas tangan dan menyerahkan
sepenuhnya usaha mendidik anak-anak kepada guru di sekolah. Namun ibu bapa
perlu mengetahui , di dalam Islam , pendidikan di tahap awal adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa. Sebagaimana Rasulullah s.a.w membayangkan tentang
anak-anak yang baru lahir itu diibaratkan seperti kain putih yang bersih. Ibu
bapalah yang membentuk perwatakan dan peribadi anak-anak itu sama ada cenderung
menjadi baik atau sebaliknya (Sidek Baba 2010: 148).
Sudah jelas kini, sesungguhnya untuk mencapai kebahagiaan dalam
kehidupan berkeluarga adalah dengan mengamalkan Islam. Pengalaman Islam itu
hendaklah dibuat secara berperingkat iaitu:
1-
Kesedaran
untuk menghayati Islam di kalangan ahli keluarga.
2-
Menyakini
fungsi agama dalam kehidupan berkeluarga.
3-
Penanaman
iman yang kuat setiap ahli keluarga (NuradyanaAriffin 2011:81).
Oleh itu, bagi mewujudkan keluarga bahagia “rumahkusyurgaku”
perlulah difahami bahawa ia semuanya bermula dengan pendidikan Islam dalam
sebuah institusi keluarga.
KAEDAH PENDIDIKAN DALAM ISLAM
SECARA BERPERINGKAT
Pembentukan keluarga bahagia adalah fitrah insaniah. Oleh kerana
manusia satu-satunya makhluk Allah yang istimewa diberikan akal dan nafsu serta
dijadikan khalifah Allah,maka pemberian itu mestilah diukur sebaik-baiknya.
Terdapat beberapa peringkat kaedah pendidikan anak-anak dalam Islam, antaranya
:
3.1 PersedianSebelum Berkahwin
Masyarakat penyayang dan keluarga bahagia mesti bermula dari
pembinaan sesebuah rumah tangga. Justeru dalam sebuah rumah tangga Muslim ,
setiap individu baik suami atau isteri wajib mengetahui peranan masing-masing.
Mereka perlu tahu apa yang patut dilakukan sebelum mengandung , ketika
mengandung dan sesudah melahirkan anak. Peranan semasa anak berusia tujuh tahun
hingga sepuluh tahun hinggalah mereka berada di peringkat baligh dan dewasa (Maryam
Abd. Majid 1998:5).
Bagi melahirkan zuriat yang soleh, pemilihan isteri atau suami
perlulah diberi perhatian. Di dalam Islam, semasa memilih isteri, Islam
menyarankan lelaki mengutamakan gadis atau masih anak dara daripada janda dan
memastikan wanita yang dipilih ialah wanita solehah dan mukminah sebagai calon
isterinya. Selain itu, sebagaimana Islam memberi perhatian kepada pemilihan
isteri bagi pihak suami. Begitu juga sebaliknya bagi pihak perempuan, peranan
wali perempuan dalam memastikan bakal suami yang dipilih ialah yang beriman ,
bertakwa dan berakhlak (Maryam Abd. Majid 1998:8).
Oleh itu, perkahwinan antara lelaki dan perempuan dalam Islam
adalah suatu yang mulia, bukan seperti yang didakwa oleh musuh Islam bahawa
perkahwinan semata-mata untuk memuaskan nafsu yang meluap.Tetapi hikmah
sebaliknya , Islam memandang perkahwinan untuk memakmurkan bumi dengan adanya
keturunanyang akan membawa misi dan petunjuk bagi manusia serta melahirkan
generasi yang besar iaitu zuhud , ahli ibadah dan para pemimpin Islam ( A’idh
Abdullah 2006: 135).
3.2 Peranan Bakal Ibu Bapa
Semasa isteri mengandung, suami isteri wajib memastikan makanan
yang di makan adalah makanan yang bersih ,berzat dan halal.Ini kerana, makanan
yang dimakan boleh memberi kesan kepada tubuh badan , hati nurani seseorang
insan, penerimaan ibadah serta dalam masalah taufik dan hidayah terutama bagi
bayi pada peringkat dalam kandungan (Maryam Abd. Majid 1998:16).
Apabila seorang
wanita mengandung, suaminya pula hendaklah melaksanakan perkara-perkara sunat
seperti berpuasa, solat sunat, membaca al-Quran, bersedekah berzikir selawat
dan lain-lain amalan yang sunat. Ibu pula dikehendaki banyak bersabar dan tabah
menghadapi keadaan perubahan fizikal dan mental yang sememangnya berat dengan
sentiasa juga memperbanyakkan amalan sunat untuk anak di dalam kandungan (Maryam
Abd. Majid 1998:18).
3.3 Peranan Ibu Bapa Setelah Dikurniakan Bayi
Bayi tersebut akan diazankan dan diiqamatkan.Ini bertujuan supaya
kalimah tauhid menjadi kalimah yang ulung kali meresap di jiwa anak dan menjadi
dendangan telinga pertama kepada bayi (Maryam Abd. Majid 1998:21).
Kemudian bayi akan di tahnik iaitu mencecahkan dan meratakan rasa
tamar atau madu ke dalam mulut bayi. Amalan ini merupakan sunnah Rasulullah
s.a.w.Ini bertujuan supaya menguatkan otot-otot mulut sebagai persediaan untuk
menyusu (Maryam Abd. Majid 1998:22).
Kemudian bayi yang baru lahir akan dicukur rambutnya. Ketika hari
yang ketujuh selepas kelahiran. Kemudian rambutnya akan ditimbang selepas
dicukur.Berat timbangan rambut itu akan dinilai harga emas atau perak.
Kemudian, wang itu akan disedekahkan kepada fakir miskin bagi ibu bapa yang
mampu.Ini bertujuan melahirkan simpati dan menjalinkan hubungan silaturahim
sesama insan dan ia adalah sunah Rasulullah (Maryam Abd. Majid 1998:23).
Seterusnya membuat aqiqah
dengan menyembelih binatang ternakan kerana menyambut kelahiran anak dan
hukumnya adalah sunat muakkad bagi orang yang mampu membuatnya.Ini bertujuan
mendekatkan anak kepada Allah dan sunah Rasulullah dan
merupakan tebusan dan jaminan yang diharapkan akan terpelihara oleh Allah dari
musibah (Maryam Abd. Majid 1998:24).
Kemudian , memberi nama yang baik-baik seperti nama-nama Allah yang
berawalkan Abdul sebagai contoh Abdul Rahman, Nama-nama yang diambil daripada
nama-nama nabi dan isteri-isteri nabi seperti Ibrahim dan Aisyah, kemudian
meletakkan nama-nama orang-orang yang soleh, nama yang mencerminkan roh Islam dan nama-nama yang
mengandungi makna yang baik. Ini kerana ia dapat memberi kesan psikologi kepada
keperibadian anak-anak.Ini bertujuan mencapai keredaan Allah dan mengikut
sunah, menjaga maruah dan mengharapkan kesan yang baik serta mendapat syafaat
daripada nabi (Maryam Abd. Majid 1998:26-29).
Seterusnya, berkhatan dan ia merupakan amalan para rasul. Anak
lelaki wajib berkhatan sebelum berumur 10 tahun supaya ia dapat menunaikan
ibadat dengan sempurna. Ini bertujuan pengabdian kepada Allah dan dari aspek
kesihatan ia suatu cara menjaga kebersihan , menjauhi kekotoran dan penyakit
(Maryam Abd. Majid 1998:29-32).
3.4 Peranan Ibu Bapa Setelah Anak Dilahirkan Hingga Mumaiyiz
Bayi yang baru dilahirkan sebaik-baiknya diberi susu ibu kerana itu
merupakan hak dan rezekinya. Susu ibu adalah sebaik-baik makanan semula jadi
untuk bayi. Setelah itu, ibu bapa wajib mendidik , melahirkan sifat-sifat
keibuan dan kebapaan melayan anak-anak dengan kasih sayang dan lemah lembut
sesuai dengan peringkat umur anak-anak. Selain itu memberikan layanan yang adil
sama ada lelaki atau perempuan dan tidak membezakannya. Ibu bapa juga
digalakkan supaya sentiasa mendoakan anak-anak agar menjadi anak-anak yang
soleh, sebagai penyambung zuriat dan penyambung amal ibadatnya (Maryam Abd.
Majid 1998:37-46).
Tambahan lagi ,
ibu bapa wajib mendidik anak-anak mereka mengikut peraturan dan didikan yang
disarankan oleh Allah s.w.t. kerana Allah Maha bijaksana, pengasih dan
penyayang dan amat mengetahui segala keperluan manusia. Antara cara pendidikan
anak-anak ialah menjaga waktu tidur dari melakukan perkara sia-sia,
menggalakkan anak bersukan atau riadah, menjaga makan minum dan sentiasa
memulakan doa dalam setiap perbuatan (Maryam Abd. Majid 1998:47-48).
3.5 Peranan Ibu Bapa Ketika Anak-Anak Berumur Sepuluh Tahun
Antara tanggungjawab ibu bapa ketika anaknya berumur sepuluh tahun
ialah:
1-Memastikan anak menghayati ajaran Islam dan di ambil tindakan
jika tidak mahu mematuhinya.
Ibu bapa diamanahkan Allah supaya mendidik anak-anak menunaikan
solat dan perintah-perintah agama yang lain semasa berumur tujuh tahun.Latihan
ini bertujuan agar anak-anak dapat menghayati suruhan agama dengan dan sempurna
ketika berumur sepuluh tahun (Maryam Abd. Majid 1998:77).
Ini bertujuan supaya mengelakkan kemungkaran.Ini kerana orang yang
benar-benar mendirikan solat lima waktu tidak akan melakukan perbuatan keji dan
kemungkaran. Selain itu , agama tanpa solat adalah sia-sia, tidak ada manhaj
,tidak ada akhlak , tidak ada moral dan budi pekerti. Sesiapa yang
menghancurkan hubungan dengan Allah , maka Allah akan menghancurkan hubungan
dia dengan orang lain (Al-Qarni, A’idh Abdullah 2011: 245). Justeru, Islam
sangat menitikberatkan soal ibadat khususnya solat sebagai tiang agama kita.
2-Membiasakan anak hidup sederhana
Ibu bapa disarankan agar bersederhana dan Islam tidak menggalakkan
ibu bapa terlalu memberi kemewahan kepada anak-anak hingga tahap pembaziran
sama ada makanan , pakaian permainan dan cara hidup di rumah. Ini bertujuan
mendidik anak-anak bersifat qanaah dan menjadikan anak-anak lebih bersikap
bertanggungjawab (Maryam Abd. Majid 1998:81).
3-Membiasakan anak lelaki dengan sifat kelakian dan perempuan
dengan sifat keperempuanan.
Ibu bapa diamanahkan oleh Allah mendidik anak-anak dengan sempurna.
Didikan yang sempurna akan menjadikan mereka hamba Allah yang taat menegakkan
hukum Allah, tidak mudah putus asa dan lain-lain lagi sifat mahmudah yang boleh
dinilai (Maryam Abd. Majid 1998:85).
4-Membiasakan anak beradab dan berakhlak dengan akhlak yang baik.
Ibu bapa wajib memastikan anak-anak yang berumur sepuluh tahun
berakhlak dengan akhlak yang baik. Antaranya ialah : menggalakkan solat secara
berjemaah dan mewajibkan anak menjaga adab pergaulan dan menutup aurat. (Maryam
Abd. Majid 1998:85).
3.6
-Peranan
Ibu Bapa Terhadap Anak Yang Akil Baligh
1- Membina iman
Secara berurutan ibu bapa wajib terus membantu membina iman
anak-anak dari masa remaja sehingga akil baligh sehingga mereka sudah boleh
berfikir dan berbicara dengan alam sekeliling (Maryam Abd. Majid 1998:91).
2- Mengingatkan anak-anak
supaya mengingati Allah
Ibu bapa wajib mengingatkan anak-anak supaya mengingati Allah dan
sentiasa bertakwa dalam segala urusan.Allah sentiasa memerhatikan segala
gerak-geri dan lintasan hati serta mengetahui segala pengkhianatan mata (Maryam
Abd. Majid 1998:93).
3-Menanamkan rasa khusyuk , taqwa, dan ubudiyyah kepada Allah
Anak-anak hendaklah dibawa membuka mata melihat kekuasaan Allah
agar dengan melihat segala ciptaan-Nya akan tercetuslah rasa khusyu’ dan nikmat
yang melimpah ruah serta terdorong untuk sujud mengabdikan diri dengan penuh
kesyukuran (Maryam Abd. Majid 1998:97).
4-Memerhatikan amalan atau ibadat yang sudah biasa dilakukan.
Ibu bapa dikehendaki terus memerhatikan amal ibadat anak-anak
walaupun mereka sudah dewasa dan berumah tangga. Ibu bapa tidak boleh mengambil
sikap diam dan perhati sahaja dengan alasan mereka sudah besar panjang dan
sudah boleh berfikir. Oleh itu, ibu bapa berperanan kuat dalam memastikan
berterusan amal ibadat anak-anak (Maryam Abd. Majid 1998:98).
5-Mencari jodoh dan mengahwinkannya.
Islam menggalakkan ibu bap mencari jodoh untuk anaknya setelah anak
itu dewasa dan mampu untuk berkahwin. Islam tidak menghendaki perkahwinan
dilambat-lambatkan semata-mata kerana terikat dengan adat sehingga sanggup
melanggar syariat (Maryam Abd. Majid 1998:99).
CARA-CARA PENDIDIKAN
BERKESAN KEPADA ANAK-ANAK
Sebelum memulakan pendidikan Islam kepada anak-anak, ibu bapa
perlulah memiliki kelengkapan ilmu dan kaedah dalam menyampaikan pendidikan
Islam dalam diri anak agar ia dapat memberi contoh teladan secara tidak
langsung kepada anak-anak.
Antara cara-cara pendidikan
berkesan kepada anak-anak ada lima perkara iaitu:
1.
Pendidikan
dengan menunjukkan contoh teladan
2.
Pendidikan
dengan kebiasaan dan kelaziman
3.
Pendidikan
dengan nasihat dan bimbingan
4.
Pendidikan
dengan pemerhatian dan pengawasan
5.
Pendidikan
dengan denda dan hukuman
4.1 Pendidikan
Dengan Menunjukkan Contoh Teladan
Dalam proses pendidikan, Rasulullah sentiasa memilih kaedah yang
dinilai paling baik, tepat sasaran, sesuai dengan kemampuan dan kefahaman
khalayak yang dididik, mudah difahami dan dicerna akal serta mudah diingat
(Sheikh Abdul Fattah 2011: 66).
Ini berikutan,
pada diri Rasulullah S.A.W terdapat contoh ataupun qudwah yang menjadi sumber
teladan yang terbaik bagi manusia lain. Teladan Rasulullah S.A.W sifatnya
manusiawi dan boleh dicontohi oleh orang
lain.Oleh itu,Umat Islam dituntut supaya menjadikan sunnah Rasulullah sebagai
sumber teladan (Sidek Baba 2010: 71-72).
Maka , siapa pun
yang mempelajari hadis-hadis baginda dan membacanya dengan saksama , tentu ia
akan bertemu dengan model pendidikan Baginda yang penuh variasi. Baginda juga
berperanan menjadikan dirinya seolah-olah sebagai orang yang bertanya,
kadang-kadang berperanan sebagai pemberi jawapan. Dalam menjawab pertanyaan
kadang-kadang baginda memberikan jawapan yang sesuai dengan kadar pertanyaan.
Baginda juga sering membawa perumpamaan-perumpamaan (contoh/ anologi ) dalam
mengajar sesuatu (Sheikh Abdul Fattah 2011: 66).
Pada waktu tertentu, ,Baginda selalu mengucapkan sumpah dalam
penjelasan Baginda.Baginda juga cekap dalam mengalihkan suatu pertanyaan lain
yang Baginda rasa lebih tepat demi tujuan pendidikan secara
berhikmah.Kadang-kadang Baginda juga mengajar melalui cara
melukis(menggambarkan) dan menggunakan isyarat (Sheikh Abdul Fattah 2011: 66).
Selain itu, Rasulullah juga menjawab sesuatu persoalan secara
kiasan. Sering juga Baginda menggunakan kaedah bermain dan berdebat(berdiskusi)
terhadap apa yang telah Baginda ajarkan.Baginda juga membentangkan hal-hal yang
akan diajarkan dan menjelaskan secara deskriptif.Baginda juga menggunakan
kaedah analogi (perbandingan) antara sesuatu dengan sesuatu yang lain
disertakan dengan alasan-alasannya.Dan Baginda juga pernah mengajukan
pertanyaan-pertanyaan kepada para sahabat untuk menyelami pemahaman mereka
setelah Baginda bentangkan terlebih dahulu bahan-bahannya (Sheikh Abdul Fattah
2011: 67).
Tambahan lagi, Baginda sangat menitikberatkan keadaan jiwa
anak-anak dalam mendidik mereka, sehingga Baginda menyesuaikan pendekatan
pendidikan yang bertepatan dengan sifat dan tahap perkembangan mereka yang
cenderung bermain dan sebagainya (Sheikh Abdul Fattah 2011: 67).
Pendidikan melalui teladan ini juga, mengikut tahap atau peringkat.
Mula-mula anak-anak akan terikut dengan contoh daripada ibu bapa mereka
kemudian, teman-teman ,guru dan seterusnya dari anak-anak yang lebih tua usia
darinya (Abdullah NasihUlwan1988:58).
Justeru, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang sangat penting
dalam mengambil inti pati dan mengamalkan semua yang telah diajarkan oleh
Rasulullah saw dalam mengikutpelbagai cara atau kaedah yang telah disampaikan
kepada kita untuk mendidik
anak-anak sejak dari kecil lagi.
Antara contoh teladan yang telah ditunjukkan juga oleh Rasulullah
dalam menzahirkan sifat-sifat mulia Baginda ialah dalam ibadatnya, kemurahan
hatinya, sifat zuhud dan tawaduknya , sopan santun, ketegasan dan keberanian,
dan belas kasihan Rasulullah kepada anak-anak yang boleh dijadikan contoh oleh
ibu bapa dalam memberikan pendidikan Islam dalam jiwa anak-anak (Abdullah
NasihUlwan 1990:142) .
Tambahan lagi, menjadikan Rasulullah sebagai ikutan juga merupakan
pilihan yang utama kerana Rasulullah sendiri telah diutuskan oleh Allah
bertujuan untuk menjadi teladan yang baik bagi kaum Muslimin.Allah juga telah
meletakkan semua sifat-sifat mulia di dalam peribadi Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai lambang dasar Islam, agar generasi akan datang dapat mencontohi kesemua
sifat-sifat Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
(Abdullah NasihUlwan 1990:142) .
Demikianlah, Nabi Muhammad s.a.w mengingatkan sesiapa yang memikul
tugas pendidikan , supaya mengambil teladan yang baik dalam segala sesuatu yang
boleh memberikan gambaran yang baik kepada orang yang dididiknya , supaya
mereka dapat menurut segala kelakuan dengan
sifat yang terpuji dan mulia ,mengikut nasihat-nasihat dengan berkesan
dan perhatian yang jelas serta perilaku mereka selari dengan syariat Islam.
Justeru Rasulullah merupakan contoh ikutan yang baik oleh ibu bapa dalam
mendidik anak-anak dalam membina rumah tangga bahagia (Abdullah NasihUlwan
1990:142) .
4.2 Pendidikan Melalui Kebiasaan Atau Kelaziman
Di antara perkara-perkara yang sudah ditetapkan dalam syariat Islam
, bahawa anak telah difitrahkan sejak dari penciptaannya atas dasar tauhid yang
suci juga atas dasar agama yang lurus serta iman kepada Allah.Allah berfirman
dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud:
Penciptaan Tuhan yang telah mencipta manusia sesuai dengan agama
itu, tiada pertukaran bagi makhluk Allah, itulah agama yang lurus , akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Dari sinilah datang giliran kebiasaan , pengajaran lisan serta
tunjuk ajar dan membesarkannya atas dasar tauhid , akhlak yang mulia , roh atau
jiwa yang suci serta adab-adab syariat yang mulia (Abdullah NasihUlwan
1990:181) .
Oleh itu, kedua suami isteri perlu merasakan anak-anak yang lahir
adalah sebagai amanah Allah kepada mereka. Di tangan mereka terletaknya
tanggungjawab sama ada untuk menjadikan anak-anak mereka itu ahli ibadah yang
mencintai syariat Allah atau sebaliknya. Justeru, ibu bapa berperanan dalam
memastikan anak-anak mengenal matlamat hidup yang betul dan menanam jiwa tauhid
sejak kecil lagi ( NuradyanaAriffin, 2011:181) .
Terdapat dua faktor yang saling berkait dalam memastikan pendidikan
Islam berkesan dalam jiwa anak-anak iaitu, memberikan pendidikan Islamiah yang
sempurna dan memastikan persekitaran atau suasana yang sihatdan baik. Oleh itu,
anak-anak dapat membesar atas dasar iman yang benar, bersifat dengan kelakuan
Islam kemudian sampai ke kemuncak nilai-nilai jiwa yang baik serta memiliki
hati budi. (Abdullah NasihUlwan 1990:181) .
Demikianlah, pergaulan yang sihat dalam persekitaran yang sihat
memberi kesan yang besar pada pendidikan seorang Muslimatas pembaikan dan
ketakwaan dan pada pembentukan asas-asas keimanan dan kepercayaan serta budi
pekerti yang mulia (Abdullah NasihUlwan 1990:183) .
Atas dasar inilah, para salaf telah membuat pilihan pendidik kepada
anak-anak mereka dan menyediakan persekitaran yang sihat untuk memastikan
anak-anak mereka sentiasa dalam kebaikan, lengkap dengan kesempurnaan akhlak
dan memiliki sifat yang mulia (Abdullah NasihUlwan 1990:185) .
Selain itu, perhatian yang serius oleh ibu bapa perlu diberikan
kepada anak-anak lelaki.Ini kerana, berlaku keadaan tidak seimbang dalam
perhatian ibu bapa kepada anak lelaki. Oleh itu, ibu bapa perlu berikan pedoman
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya iaiturakan sebaya yang memberi fokus
kepada ilmu dan pelajaran harus digalakkan pergaulannya. Biasanya perubahan
dari segi watak anak-anak lelaki bermula apabila pergaulan dengan rakan atau
merasakan di dalam keluarga tidak terdapat sumber inspirasi dan rakan
komunikasi bagi anak-anak. Lalu berlaku keciciran di kalangan anak-anak lelaki
dan akhirnya mudah terpengaruh dengan kawan-kawan dan terikut-ikut dengan
tabiat dan perlakuan negatif dan memberi kesan terhadap fokus ilmu dan
pendidikan (Sidek Baba 2010: 86).
Dasar Islam dan caranya dalam membetulkan anak yang telah dewasa
iaitu mereka yangtelah mencapai usia sesudah baligh. berikut tiga perkara asas
: memberi kefahaman tentang akidah dan kepercayaan, menerangkan keburukan
sesuatu perkara yang diharamkan itu dan mengubah suasana (Abdullah NasihUlwan
1990:190).
Ibu bapa perlulah memberi kefahaman akidah kepada anak-anak kerana
ia merupakan perkara yang paling penting dan paling asas dalam pendidikan
anak-anak dalam Islam, bagi mengekalkan seseorang itu terhadap pengawasan diri
kepada Allah Taala dan merasakan kebesaran serta kebimbangan terhadap Allah
pada setiap keadaan dan tempat(Abdullah NasihUlwan 1990:190).
Berikut memberi kefahamankepada anak-anak dengan aqidah dalam
bentuk memahami keseluruhan makna ibadat, zikrullah, wirid , ayat suci al-Quran
sehingga mencapai maksud dan merasai keagungan Allah serta merasakan pengawasan
Allah pada setiap masa dan tempat (Abdullah NasihUlwan 1990:191).
Adapun menerangkan keburukan sesuatu perkara yang diharamkan
itu dalam diri anak-anak adalah perkara
yang sangat penting agar dapat memujuk anak-anak supaya meninggalkan
kemungkaran serta menjauhkan diri daripada dosa dan maksiat (Abdullah
NasihUlwan 1990:195).
Pendidikan mengikut cara yang telah disampaikan oleh Allah kepada
hambanya supaya berhenti daripada meminum arak adalah dengan cara berperingkat.
Begitu juga dalam mendidik anak-anak perlu kepada peringkat-peringkat untuk
menyingkirkan kejahatan pada amalan mereka.Islam sangat menekankan cara
pendidikan yang berhikmah dengan cara pendidikan yang bertahap sebagaimana yang
telah diwahyukan Allah kepada peminum arak. (Abdullah NasihUlwan 1990:195)
Dalam mendidik anak-anak juga, ibu bapa perlulah mendedahkan
hukuman dan kesan sekiranya sesuatu perbuatan kemungkaran itu tidak
ditinggalkan dengan cara memberi penjelasan dengan baik dan berhikmah.
Seterusnya jika tidak berhasil ibu bapa dibenarkan untuk memberi pukulan
sebagai hukuman dan pengajaran sekiranya nasihat dan teguran tidak memberi
kesan (Abdullah NasihUlwan 1990:195).
Demikianlah seorang bapa yang prihatin, terhadap kebajikan
anak-anak , melatihnya berdisplin, membimbing anak-anaknya supaya tangkas,
tegas, serta memiliki daya kepimpinan yang baik bakal meninggalkan teladan
tinggi yang memberikan kewibawaan dalam diri anak-anak apabila mereka besar
nanti (Sidek Baba 2010: 72).
Seterusnya, mengubah suasana sekeliling yang buruk kepada yang baik
melalui pendidikan atau ajaran Islam dengan bertahap bersandarkan kepada
kefahaman yang jelas (Abdullah NasihUlwan 1990:196). Justeru, mengubah suasana
yang buruk dengan cara berhijrah dan berteman dengan orang-orang yang soleh
memberi ruang dan peluang yang cerah bagi menjamin perubahan anak-anak yang
hendak dididik.
Cara-cara Islam dalam pembentukan anak-anak yang masih kecil pula
ialah bergantung pada dua perkara yang penting iaitu:Talqin( memberi
pengajaran) dan Ta’wid( mengulang-ulangi pengajaran dan perbuatan). Di mana ,
Talqin iaitu memberi tunjuk ajar secara teori. Ta’wid pula dimaksudkan sebagai
mengarah, mengulang-ulangi supaya anak-anak sentiasa ingat dan
melaksanakannya.Ia juga disebut sebagai amali (secara praktikal) (Abdullah
NasihUlwan 1988:87).
Di antara contoh-contoh yang disuruh Rasulullah ialah menyuruh ibu
bapa supaya mengajar kepada anak-anak
dengan kalimah tauhid laailaahaillallaah,sebagaiamalinya pula, hendaklah
dididik supaya beriman kepada Allah dengan sepenuhnya supaya dengan cara ini,
anak-anak akan terdidik dengan mengimani Allah.
Antara yang perlu diajar kepada mereka ialah ajarlah anak-anak
mengenal Allah. Sebagaimana sabda baginda: “Awal-awal agama ialah mengenal
Allah.”
Rasulullah juga
mengarahkan mengajar rukun solat ketika
mereka berumur tujuh tahun dan merotan jika enggan melakukan solat ketika
berumur sepuluh tahun. Dari segi amalinya, hendaklah ibu bapa menjelaskan
hukum-hukumnya, bilangan rakaat dan mengingatkannya dengan penuh kesabaran.
(Abdullah NasihUlwan 1988:87)
Selain itu, Rasulullah mengajar hukum halal dan haram ,maka ibu
bapa hendaklah memperingatkan “ ini adalah haram” dan menunjukkan yang halal,
Rasulullah juga mengajar cinta kepada
nabi ,keluarga dan sahabat nabi dan membaca al-Quran secara berulang-ulang
dengan cara ibu bapa menceritakan kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat serta
keluarga baginda.dan mengajarkan al-Quran dari segi cara bacaan dan sebutannya.
(Abdullah NasihUlwan 1988:90-91)
4.3 Pendidikan Dengan Cara Nasihat Dan Bimbingan
Ibu bapa adalah contoh atau teladan kepada anak-anak. Oleh itu, ibu
bapa harus memiliki kebolehan membimbing dengan baik supaya anak-anak berada
dalam pengaruh budaya keluarga yang sihat. Kerana itu, jalan fitrah membangun
peribadi dan bakat anak-anak ialah memberi tumpuan kepada pembangunan hati dan
nurani. Asas rohaniah ini perlu disuburkan supaya akhlaknya berkembang secara
sihat (Sidek Baba 2010: 64).
Kaedah membimbing dan mendidik adalah sesuatu yang fitrah dalam
membina perwatakan dan peribadi anak-anak. Anak-anak belajar dari tahu kepada
tahu. Anak-anak mengenal sesuatu dari yang dekat kepada jauh dan dari yang konkrit
kepada yang abstrak. Dari sehari ke sehari , anak-anak mengalami pertumbuhan
minda , perkembangan emosi dan jasmani yang semakin aktif (Sidek Baba 2010:
118). Oleh itu, Potensi anak-anak ini perlu dibimbing supaya ia seimbang dalam
perkara dunia dan akhirat dan menjadikan syariat sebagai jalan selamat.
Di antara cara-cara pendidikan yang berkesan sekali dalam
membentuk anak dari segi keimanan,
menyediakan anak dari segi moral dan mental ,rohani dan sosial iaitu
mendidiknya dengan memberikan bimbingan dan mengingatkannya dengan nasihat.Maka
kita akan dapati, Al-Quran telah berbicara dengan rohani kita secara
berulang-ulang di dalam banyak ayat di dalamnya (Abdullah NasihUlwan 1990:205).
Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Thalaq ayat 2 yang bermaksud:
Begitulah diberikan pengajaran kepada siapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat.
Al-Quran penuh dengan ayat-ayat yang menjadikan cara-cara
pengajaran itu sebagai asas bagi dasar dakwah dan pendidikan dan sebagai jalan
untuk memperbaiki individu dan masyarakat. Kita akan dapati juga seruan dari
ayat-ayat al-Quran sesuai dengan pendidikan kepada anak-anak dalam membentuk
rumah tangga Muslim (Abdullah NasihUlwan 1990:205).
Antara contohnya ialah di
dalam al-Quran menyebut kisah ketika mana
seorang ayah memberikan nasihat kepada anaknya iaitu Luqman dan nasihat Nabi Nuh kepada anaknya supaya menaiki
Bahtera supaya tidak tenggelam dalam banjir besar serta nasihat Nabi Ibrahim
dalam memilih agama Islam sebagai jalan selamat sebelum menemui ajal yang mana
boleh diambil pengajaran oleh ibu bapa dari kisah-kisah Nabi kemudian
diceritakan kepada anak-anak (Abdullah NasihUlwan 1990:205).
Selain daripada mengambil contoh peristiwa daripada al-Quran, ibu
bapa juga boleh membimbing anak-anak supaya belajar untuk berfikir dengan baik
daripada pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.Ini kerana, setiap anak
dibekalkan akal untuk berfikir. Apa yang anak fikir dalam hidupnya dan apakah
kemahiran berfikir yang mampu melahirkan anak-anak yang memiliki keupayaan
berfikir dengan baik kerana berfikir ialah suatu proses dan hasil pemikiran dan
suatu nikmat. Justeru ibu bapa berperanan memberi bimbingan melalui cara
berfikir denganmenerapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi bagi membolehkan
akal fikiran dapat berfungsi dengan baik dan bermanfaat (Sidek Baba 2010: 59).
4.4 Pendidikan dengan Pemerhatian dan Pengawasan.
Dimaksudkan dengan pendidikan dengan pemerhatian iaitu memerhatikan
anak serta mengiringinya dalam pembentukan aqidah dan akhlaknya, menjaga serta
mendampinginya dalam kelengkapan rohani dan sosialnya juga sentiasa bertanya
dari semasa ke semasa suasana dan keadaannya dalam pendidikan jasmani dan
penambahan ilmunya (Abdullah NasihUlwan
1990:275).
Cara pendidikan bentuk ini merupakan asas kukuh dalam memastikan
perkembangan anak-anak dalam pendidikan dapat disempurnakan. Pemerhatian atau
pengawasan yang dibuat membuatkan anak terdorong untuk menjalankan
tanggungjawabnya dengan sempurna. Kerana itu, dalam Islam sangat menggalakkan
ibu bapa berperanan dengan mengambil berat akan setiap tingkah laku dan
perbuatan anak-anak dalam sehari-hari dalam setiap sudut kehidupan secara
menyeluruh dan konsisten (Abdullah
NasihUlwan 1990:275). Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6
yang bermaksud:
“ Wahai orang-orang yang beriman ,Peliharalah diri kamu dan kaum
keluarga kamu dari api neraka yang kayu bakarnya terdiri daripada manusia dan
batu…”
Tambahan lagi, antara perkara-perkara penting yang wajib dipelajari
oleh ibu bapa iaitu pemerhatian dalam hala pembentukan jiwa anak-anak iaitu
pemerhatian dari segi aspek keimanan dengan cara memerhatikan apa yang
dipegangnya melalui prinsip-prinsip ,pemikiran serta kepercayaannya. Seterusnya
ibu bapa juga boleh memerhatikan apa yang dibaca , kawan yang dipilih dan pertubuhan atau persatuan yang diikuti agar
apa yang dipilih oleh anak-anak sesuai dengan tuntutan syariat dan jauh dari
maksiat serta kemungkaran (Abdullah NasihUlwan 1990:287).
Islam juga menyuruh ibu bapa memerhatikan anak-anak dari aspek
moral iaitu dengan memerhatikan percakapannya, perbuatannya sama ada benar atau
tidak, agar dengan pemerhatian dan pengawasan yang dibuat dapat membantu mendidik
dan membaiki kesilapan anak-anak dengan segera dan tidak menular ke ahli
keluarga (Abdullah NasihUlwan 1990:288).
Pemerhatian dari sudut mental dan ilmu pengetahuan juga penting
dalam memastikan pendidikan anak-anak tidak tercicir dan mempelajari semua
perkara fardu ain dan fardu kifayah.Perkara ini wajib diketahui oleh anak-anak
dan menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam kelangsungan ilmu kepada anak-anak
mereka. Al-Quran dan al-Sunnah dijadikan satu pegangan utama oleh anak-anak
dalam meneruskan kehidupan. Di samping memerhatikan tingkah laku dan peradaban
anak-anak dapat menunjukkan jalan kebenaran sekali gus menolak jalan kesesatan
(Abdullah NasihUlwan 1990:291).
Oleh itu, ibu bapa harus sedar bahawa personaliti mereka menjadi
teladan kepada anak-anak. Menerusi proses pengilmuan .keterampilan dan juga
pengalaman. Ibu bapa dibekalkan dengan keupayaan mendidik berasaskan teladan.
Apa yang baik pada fikiran dan sikap ibu bapa ditunjukkan kepada anak-anak
supaya urutan binaan peribadi anak-anak sentiasa dalam suasana contoh yang baik
(Sidek Baba 2010: 74).
Selain itu, pemerhatian dari segi jasmani iaitu peranan ibu bapa
dalam memastikan makan minum anak-anak, tempat tidur yang selesa , jauh dari
bahaya dan penyakit serta pakaian yang sesuai selari dengan tuntutan syariat.
Ibu bapa juga perlu memastikan dari segi emosi anak-anak iaitu ,memerhatikan
tingkah laku anak-anak seperti , tabiat malu, tidak suka bercampur , suka duduk
bersendirian jauh dari masyarakat dan sebagainya. Dengan itu, ibu bapa dapat
mendidik dan membimbing serta membaiki kelemahan dan emosi anak-anak dengan
memberi rangsangan melalui dorongan dan semangat untuk meneruskan kehidupan di
dalam tengah-tengah masyarakat (Abdullah NasihUlwan 1990:296).
Justeru, peranan seorang ibu atau seorang bapa yang memiliki
pekerti terpuji merupakan guru awal bagi anak-anak di rumah. Seorang ibu yang
pengasih dan penyayang , mengambil berat mengenai pendidikan, dan pembesaran
anak-anaknya,menjaga hal makan minum keluarga , sentiasa mendengar keluhan
anak-anak walaupun kadangkala meletihkan , sanggup bersengkang mata sekiranya
anak-anak sakit dan meragam, dan mendekati mereka dengan sabar sekali gus
menggambarkan ibu bapa yang memiliki teladan yang baik di rumah (Sidek Baba
2010: 72).
4.5 Pendidikan Anak-Anak Dengan Denda Dan Hukuman
Sesungguhnya hukum-hukum syariat Islam yang mulia dengan
keadilannya yang sempurna serta dasar-dasarnya yang menyeluruh berkisar di
sekitar pemeliharaan segala darurat yang tidak dapat ditinggalkan manusia atau
hidup tanpanya. Para imam mujtahid dan ulama usul Fiqh menyimpulkan di dalam
lima perkara iaitu memelihara agama, jiwa, kehormatan, akal dan harta (Abdullah
NasihUlwan 1990:315).
Dalam proses
mendidik anak-anak ada ketikanya menghukum anak-anak atas kesalahan dan
kesilapan yang dilakukan tidak dapat dielakkan. Fitrahnya anak-anak tidak suka
dihukum. Aspek penting yang perlu diketahui ialah apa maksud menghukum.Kaedah
menghukum dalam Islam terbahagi kepada dua pendekatan (Sidek Baba 2010: 134).
Kaedah pertama
ialah pendekatan mendidik yang bertujuan memberi kesedaran yang tinggi di
kalangan anak-anak untuk membezakan yang baik dengan yang tidak baik.Tetapi
sesetengah anak-anak merasakan kaedah psikologi dan didikan itu tidak kuat
kesannya kerana sifat manusia ini sememangnya alpa dan degil, lalu berlakulah
pelanggaran etika, moral dan juga hukuman dengan berulang kali walaupun sudah
acap kali diingatkan (Sidek Baba 2010: 134).
Kaedah kedua pula
ialah pendekatan menghukum. Pendekatan menghukum diwujudkan dalam tradisi Islam
bagi mengelakkan perlanggaran dan ingin memberi kesedaran terhadap orang lain
yang melakukannya. Hukuman yang bertujuan untuk mendidik anak-anak haruslah
sepadan dengan kesalahannya kecuali kesalahan tersebut serius dan bersifat
jenayah (Sidek Baba 2010: 134).
Di dalam membaiki kesilapan anak-anak, ibu bapa perlu sedar bahawa
anak-anak adalah manusia biasa .Mereka juga melakukan kesilapan seperti orang
dewasa. Apalagi di tahap ia sedang belajar dan bertatih, dalam rasa ingin tahu
yang tinggi dan dalam mencari makna dan maksud sesuatu perkara yang dilihat,
dialami, dan dibacanya. Anak-anak dalam proses belajar perlu melalui proses
pemahaman. Pendekatan memahami sesuatu amat penting supaya tidak berlaku lagi
kesilapan. Oleh kerana itu, bimbingan ilmu dan teladan adalah jawapan terbaik
terhadap kesilapan (Sidek Baba 2010: 124).
Oleh itu, antara hukuman yang patut dan sesuai dilakukan oleh ibu
bapa adalah dengan tindakan secara
lemah-lembut dan penuh belas kasihan apabila anak-anak melakukan kesalahan atau
kesilapan. Rasulullah sendiri telah bersikap dengan sikap yang lemah-lembut
kepada anak-anak kecil , sentiasa memandang berat terhadap anak-anak dan belas
kasihan terhadap mereka (Abdullah NasihUlwan 1990:315).
Tambahan lagi, pendapat ulama mengatakan bahawa ketika mana,
seorang anak membuat kesilapan atau kesalahan, perbuatan seperti menghukum
dengan rotan atau sebatan tidak diharuskan kecuali pada perkara yang
benar-benar kesalahan berat. Islam juga mengajar, supaya ibu bapa tidak terus
memukul anak sebelum memberi nasihat atau peringatan supaya kesalahan itu tidak
berulang dan dilakukan semula.Ini kerana, kekerasan yang terus menerus hanya
menyebabkan anak itu lemah semangat. pengecut, lari dari rumah dan lebih parah
lagi apabila anak-anak berdendam dengan kedua ibu bapanya (Abdullah NasihUlwan
1990:316).
Justeru, Islam itu indah dalam cara pendidikan anak-anak melalui
cara pemulihan yang berperingkat. Bermula dengan pemulihan yang ringan kepada
yang berat. Sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dalam
menunjukkan kesalahan dengan bimbingan, lemah lembut, marah , menunjukkan
isyarat dan terakhir sekali dengan memukul apabila semua cara tadi tidak
memberi kesan. Kemudian ibu bapa yang telah memberikan hukuman kepada anaknya
perlulah memberi maksud kepada hukuman yang telah diterima oleh anaknya supaya
kesalahan itu tidak berulang dan menjelaskan bahawa hukuman yang diterima
sebagai pengajaran dan kebaikan untuknya
(Abdullah NasihUlwan 1990:317).
Kesimpulannya
ialah ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar dan penting bukan sahaja
membesarkan anak-anak dengan menyediakan makan minum dan pakaian tetapi
pendidikan yang berteraskan ajaran Islam di samping anak-anak diberikan layanan
kasih sayang , belaian dan perhatian.
Pendidikan agama yang disentuh ke dalam jiwa anak-anak
dapat menjadikan anak-anak generasi Islam yang cemerlang.Oleh itu, ilmu bukan
hanya diterangkan secara teori tetapi perlu diikuti dengan contoh atau
praktikal.
Sekiranya ibu bapa tidak mempunyai
kemahiran dan kebijaksanaan dalam mengurus anak-anak , memahami tahap-tahap
perkembangan akal dan kaitannya dengan pertumbuhan emosi dan naluri serta
memahami proses menuju akil baligh dengan perubahan tingkah laku, maka, masa
berharga anak-anak akan disia-siakan dan terabai tanpa pedoman.
Justeru, ibu bapa perlu bertindak
berusaha memastikan anak-anak mereka sempurna dengan cara pendidikan yang
dianjurkan oleh Islam.Ibu bapa hari ini, tidak mempunyai pilihan yang banyak
dalam proses mendidik anak-anak melainkan mengembalikan diri kepada kaedah asas
iaitu meluangkan masa bersama keluarga biarpun sedikit tetapi berkualiti.
Kedekatan hubungan ibu bapa dengan anak-anak harus menjadi keutamaan supaya
masa yang hilang dapat digantikan dengan kegiatan yang boleh mengeratkan
hubungan ibu bapa dan anak-anak.
Oleh yang demikian, anak-anak mesti
dididik dengan sempurna dan seimbang dalam aspek agama sebagai pegangan dan
akademik bagi membentuk jati diri yang mantap. Inilah asas pendidikan
berkeluarga Islam yang harus disuburkan oleh ibu bapa supaya anak-anak boleh
memberi sumbangan dan jasa kepada ibu bapa,
masyarakat dan negara.
p/s: Ambil lah yang baik..maaf jika ada sebarang kesilapan..dipersilakan, sebarang teguran atau nasihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan