Peranan media
massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat
dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat
nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang
penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan
peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini
di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur.
Dalam
kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa
memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke
arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa
dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan
masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan
penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai
saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wujudnya “Teknologi Maklumat”. Internet
digunakan dengan meluas dinihari ini kerana kebolehannya memberikan maklumat
yang cepat dan padat walaupun maklumat itu belum pasti kesahihannya.
Facebook merupakan salah satu hasil
ciptaan dalam perkembangan dunia teknologi hari ini yang digunakan dalam
teknologi internet. Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang
sangat terkenal .Melalui Facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa
sahaja di seluruh dunia. Pengguna Facebook boleh mempamerkan apa sahaja yang
mereka ingin orang lain tahu berkenaan diri mereka di laman Facebook seperti
tarikh kelahiran, hobi, matlamat masa hadapan dan banyak lagi.
Namun, perlulah diketahui bahawa, Facebook
juga boleh membawa keburukan kepada penggunanya sekiranya pengguna Facebook itu
sendiri tidak pandai menggunakan dan memanfaatkan laman sosial Facebook kearah
yang lebih baik. Justeru itu, kertas kerja ini cuba untuk mencari sejauh mana kebaikan Facebook itu diperolehi
dan bagaimana keburukkan Facebook pada
masa kini boleh terjadi, dan perlukah ia terus digunakan untuk dimanfaatkan
bagi masyarakat atau diharamkan bagi mengelakkan salah guna oleh sebahagian
masyarakat khususnya masyarakat di Malaysia.
2. KELEBIHAN
FACEBOOK
Setiap perkara
yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya.
Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap
sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan Facebook, sebuah laman web
sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama
golongan remaja.
Dalam kajian juga ada menyatakan
bahawa, Facebook telah digunakan untuk beberapa perkara dan terdapat lapan
motif yang di kenal pasti oleh pelajar dalam menggunakan Facebook iaitu
mengekalkan hubungan, meluangkan masa, menyertai komuniti maya, menghiburkan,
merasa hebat, mencari teman, pendedahan diri dan mencari maklumat (Mohd Zaidi
Mahmud dan Bahiyah Omar 2013: 16).
Facebook
adalah sebuah laman web sosial yang mampu menganjurkan kebaikan jika diselia
dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya facebook jaringan sosial
rakyat di seluruh negara semakin luas.Penggunaan Facebook ini digunakan setiap
lapisan masyarakat termaksudlah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal di
Malaysia. Contohnya, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Perdana Menteri
Dato’ Seri Najib pun mempunyai Facebook khabarnya sudah mempunyai hampir tiga
puluh ribu orang rakan dan telah ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai
Facebook.
Penggunaan
Facebook juga boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama
hilang, malah pengguna juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan
antara teman-teman sama ada di sekolah, universiti, kolej ataupun di tempat
kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk mencari
pengaruh, menambh kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagan,
membuka kelab peminat, berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Facebook
juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayar perniagaan maya di seluruh
dunia. Sebagai contohnya, melalui Facebook pengguna boleh memperkenalkan
produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan
dalam talian Facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan
mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan Facebook apa-apa promosi dapat
dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan
komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat meningkatkan kemahiran
dalam berbahasa Inggeris.
Setiap
kali kita masuk ke laman Facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita
apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi
kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan
antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputus. Setiap
yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama Facebook
ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke Facebook menjadi lebih mudah
dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka menemukan
sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau
respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman Facebook mereka.
Kita
juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan
bertanya kepada rakan dalam Facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman di
sesuati tempat yang menarik pasti ramai yang akan memberi respondan cadangan
yang menarik. Melalui Facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan
dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang
pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan
panduan dalam kehidupan.
Banyak
permainan yang terdapat di dalam Facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan atau
tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online.
Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan
dan sunyi. Selain itu, Facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang
telah renggang. contonhya, Datuk Dr. Awang Adek yang mahu menggunakan laman
sosial ini untuk menarik kembali rakyat Kelantan kepada UMNO sekali gus menawan
semula Kelantan.
Berikut ialah
perician yang lebih dalam terhadap kelebihan Facebook masa kini:
2.1 Alat
Perantara untuk Perniagaan
Facebook
sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target
pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau
membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana Facebook menjadikan
komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan
rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna Facebook akan melihat apat yang
terbaru dalam halaman utama Facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh
digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan
mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan
memaparkannya di halaman utama Facebook.
Selain
itu, perniagaan di alam maya ini juga menjimatkan kos yang terpaksa di tanggung
oleh perniaga. Contohnya, kos pengiklanan, kos talian (telefon) dan sebagainya.
Dengan cara ini, dapat membawa lebih keuntungan kepada para peniaga. Langkah
yang paling berkesan untuk mempromosikan jualan kita di Facebook ialah, kita
mesti terus menerus berkongsi sesuatu di Facebook sekurang-kurangnya
sekali sehari. Ini bagi memastikan kita ‘visible’ pada diri rakan-rakan di
Facebook. Kalau sekejap timbul sekejap tenggelam,orang tidak akan ingat siapa
kita. Utamakan kandungan berbanding mempromosi semata-mata. Dengan banyak
memasukkan info seperti di bahagian status, rakan-rakan di Facebook akan sedar
akan kewujudan kita. Daripada itu, Elakkan promosi berlebih-lebihan di Facebook
kerana ia tidak membantu bisnes untuk jangka masa yang lama. Hal ini kerana,
Facebook adalah tempat membina dan mengembangkan jenama (bisnes). Kurang sesuai
untuk menjual semata-mata.
2.2 Medium
Menambahkan Ilmu Pengetahuan
Dengan
rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, Facebook memang sangat baik
digunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari
pengaruh serta lain-lain hal yang wajar. Jadi, kepada pendakwah, penulis,
sasterawan, wartawan, peniaga dan yang seumpama dengannya manfaatkanlah
jaringan maya di internet dengan sebaik mungkin. Pengguna Facebook boleh saling
bertukar-tukar pandangan dan idea di samping menambah ilmu pengetahuan Suasana
pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan melalui Facebook ini melalui
perbincangan, forum atau isi yang menarik yang boleh dibicangkan bersama
rakan-rakan.
Seperti
dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering diertikan bagaimana mengajak
kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secara konvensional, seperti
yang kita fahami sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupun ceramah yang
dilakukan juru agama di masjid-masjid. Seiring perkembangan teknologi
komunikasi yang tak terbendung lagi, maka aktiviti syiar pun berkembang
mengikut perkembangan zaman. Saat ini, melalui apa yang disebut jejaring media,
Facebook adalah salah satunya (Yanuardi Syukur 2009).
Melalui
Facebook juga, kita boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dan
bertukar-tukar pandangan. Contohya kita berminat untuk berbincang mengenai
kegemaran bermain futsal. Jadi kita boleh membuka satu kumpulan “pemain futsal
”. Dari kumpulan itu, kita akan memperolehi pelbagai info yang menarik tentang bermain
futsal yang baik. Ini akan dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang bermain
futsal ini.
Penggunaan
Facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu
pengetahuan kepada mahasiswa apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu
perbincangan atau forum yang berkait dengan akademik atau menjadi saluran untuk
menukar ilmu pengetahuan dengan kawan luar negara. Dapat mengetahui sesuatu
informasi tanpa perlu kita mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan
di Facebook. Mungkin berkaitan kejadian semasa, berita, tip, panduan dan
lain-lain lagi.Contohya untuk mengetahui tentang sesuatu budaya atau cara hidup
mereka. Sememangnya kita boleh mencari maklumat tersebut di laman sesawang,
seperti google namun apabila kita dapat berbual secara online dan bertanya
kepada rakan di luar negara kita secara terus, sememangnya ia lebih berkesan
dan menarik. Kita dapat mengetahui pengalaman mereka sendiri dan lebih banyak
perkara yang kita akan ketahui.
2.3 Mewujudkan Hubungan
Satu Malaysia
Apa yang kita
sedia maklum, telah wujud Facebook untuk kumpulan satu Malaysia. Selain
politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kegemaran yang
membara iaitu Facebook. Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Datuk Seri
Najib telah menyertai rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang
ramai, terutama sekali pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan
jurang politik antara generasi lama dan muda. Datuk Seri Najib bercakap dengan
penuh mesra mengenai Facebook walaupun beliau jarang berkesempatan untuk
melayarinya tetapi ia telah dikendalikan satu pasukan yang kerapkali
mengemaskini laman itu, yang menurutnya kini mempunyai 80,000 peminat.
Datuk
Seri Najib pernah memberitahu dengan New Delhi Television (NDTV), semasa
lawatannya ke Chennai, bahawa mahu menjemput kesemua mereka minum teh dengannya
tetapi bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan beberapa ratus orang pada
satu-satu masa tertentu. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi
baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka
tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan. “Kita perlu
berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi
maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya
mengenai kempen Facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang
diselitkan dengan politik. Facebook, dengan 350 juta pengguna terus meningkat
sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia, dan sebagai ahli
politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu kepada digital berkelajuan
tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada amnya.
Pada
umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai hubungan
peribadi yang baik untuk bergerak ke depan,” beliau memberitahu penembual NDTV
dalam satu temubual ekslusif. Najib mengakhiri temubual itu dengan berkata para
pemimpin perlu menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama kepada
generasi muda dalam usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran
(The Malaysia insider, 2010).
Kementerian
Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia juga telah mewujudkan Facebook
Group 1 Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat terhadap gagasan 1 Malaysia.
Untuk makluman penggunaan facebook di kalangan pegawai dan kakitangan
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak
tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk bersosial dalam
kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua
Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang
kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai
atasan tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di
peringkat bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap
Pengarah negeri diwajibkan mempunyai akaun Facebook bagi memudahkan interaksi
dengan semua pihak terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009). Oleh
itu, sebagai rakyat Malaysia marilah kita menyahut seruan Malaysia dengan menjadi
rakan dalam Facebook 1 Malaysia.
2.4 Membina dan
Berkongsi Nota
Selain daripada
itu, Facebook juga digunakan untuk membina dan berkongsi nota kuliah. Nota
dalam Facebook adalah sama konsepnya dengan blog. Ia boleh ditulis secara
berkata seperti jurnal atas talian(blog)yang lain. Kita boleh setkan aras
privasi untuk menentukan siapakah yang boleh membacanya.(Iskandar &
Zaitun,2010).Malah, jika kita seorang pelajar, kita juga boleh berkongsi nota
dengan rakan-rakan dalam rangkaian ini. Cara ini lebih menjimatkan masa dan
kos.
Di
Universiti Malaysia Sabah, juga ada sesetengah pensyarahnya menggunakan
kemudahan ini. Contohnya bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Dunia
(TITAS),pensyarah akan mengepostkan nota ringkas untuk lebih kefahaman
pelajarnya. Malah, pensyarahnya juga sudi berkongsi pengetahuan yang di
miliki dengan pelajarnya. Ini merupakan cara berkesan meningkatkan
pengetahuan para pelajar dan cara ini juga dapat menarik minat pelajar keatas
subjek ini. Hal ini kerana, boleh dikatakan para mahasiswa leboh suka membaca
nota secara online berbanding membuka buku.
Seterusnya,
penggunaan Facebook secara berhemah mampu membantu mahasiswa maju setapak lagi.
Suasana pembelajaran dapat diterapkan dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan
bertukar-tukar pendapat yang membina bagi isu- isu yang dibincangkan oleh
mahasiswa itu sendiri. Dengan itu, secara tidak langsung perbincangan antara
mahasiswa telah pun berlaku.
2. 5 Medium
Menyebarkan Dakwah
Golongan belia
sinonim dengan tenaga dan minda kreatif serta inovasi. Kelebihan itu andai
dipacu dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, pastinya menghasilkan impak hebat
dan bermanfaat untuk agama serta masyarakat.Usaha dakwah memerlukan momentum
dan kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda yang sudah melalui proses tarbiah
seharusnya diberikan peluang berada dalam barisan mengembangkan syiar Islam.
Untuk itu, golongan belia tidak perlu berasa rendah diri dan hendaklah bijak
mengaplikasikan kemahiran dimiliki untuk menyumbang ke arah memperkasa usaha
dakwah.(Ruzain,2010)
Penemuan
bidang baru seperti teknologi maklumat, perniagaan, penyiaran dan penulisan
seharusnya menjadi medan dakwah yang terus disuburkan oleh golongan belia.
Kewujudan Faceboook member peliang untuk golongan muda untuk berdakwah walaupun
hanya sekadar kecil-kecikan. Antara contoh yang boleh di gunakan ialah
memasukkan aplikasi dan perisian jawi, bahasa Arab berbentuk permainan dan kuiz
dalam talian boleh direka cipta bagi menambah nilai pengajaran pendidikan
Islam.
Selain
itu, para remaja juga boleh menjalankan perniagaan seperti penjualan buku
dakwah melalui laman Facebook. Cara ini juga merupakan langkah
awal bagi proses pengembangan ilmu yang boleh berkembang dengan
pantas dan meluas. Peluang dakwah dalam bidang kesenian turut terbuka luas untuk
belia. Kemudahan muat turun video kedalam profil yang berunsur kesenian Islam
perlu diperluas bagi menyaingi kebanjiran video-vidoe dari barat terutamanya
yang semakin meluas dan di gilai oleh para belia.
2.6
Memanfaatkan Sebaran bagi Badan Bukan kerajaan Alam Sekitar
Kajian juga ada dibuat bagaimana jaringan sosial Facebook boleh digunakan
untuk menyampaikan mesej alam sekitar oleh Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar
(ENGO) di Malaysia kepada masyarakat umum. Dimana laman jaringan sosial
Facebook ini mampu menjadi perantara bagi ENGO dalam menyampaikan mesej alam
sekitar terhadap masyarakat. Ini kerana, dalam organisasi ENGO yang
kebanyakannya memperjuangkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar, penggunaan medium laman jaringan sosial Facebook adalah amat efisyen
bagi membantu mereka menyampaikan mesej dan maklumat alam sekitar kepada
masyarakat. Penggunaan Facebook sebagai perantaraan bakal menggundang pelbagai maklumat
seperti aktiviti dan kempen kesedaran yang dapat disalurkan kepada masyarakat
dengan lebih mudah melalui aplikasinya yang disediakan dalam laman berkenaan
(Jauhariatul Akmal dan Jamilah Ahmad t.th: 163).
Secara
keseluruhannya pendekatan yang digunakan oleh organisasi ENGO dalam mengumpul
dan menyebarkan maklumat adalah melalui dua kaedah iaitu pendekatan secara
tradisional dan pendekatan baru melalui penggunaan laman jaringan sosial
Facebook. ENGO sememangnya telah melakukan satu anjakan paradigma apabila
memilih untuk menggunakan media baru seperti laman jaringan sosial Facebook ini
dalam organisasi mereka. Namun ia masih perlu dipertingkatkan kerana ada
sebahagian ENGO yang masih mempraktikkan medium tradisional seperti mengedarkan
bahan bercetak seperti majalah bulanan, brosur, risalah dan sebagainya dari
menggunakan Facebook. Keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan laman jaringan
sosial Facebook masih belum digunakan secara menyeluruh oleh organisasi ENGO
terbabit(Jauhariatul
Akmal dan Jamilah Ahmad t.th: 175).
ENGO
mempunyai tanggungjawab menjalankan peranan mereka dalam mendedahkan publik
terhadap isu alam sekitar dalam usaha menyampaikan maklumat sekali gus memupuk
kesedaran dalam kalangan pengguna. Walaupun usaha untuk memupuk kesedaran
publik terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bukanlah sesuatu
yang senang, namun ENGO yang sememangnya memperjuangkan isu alam sekitar ini
perlu tampil dengan pelbagai langkah baru, kreatif dan menarik dalam merangka
perancangan yang rapi, pelaksanaan aktiviti penuh teliti dan bijaksana untuk
merealisasikan hasrat murni menjadikan alam sekitar kekal terpelihara itu
tercapai(Jauhariatul
Akmal dan Jamilah Ahmad t.th: 177).
Oleh itu, kesediaan
kebanyakan organisasi ENGO untuk meningkatkan tahap penggunaan Facebook pada
masa akan datang jelas menunjukkan ia bakal
memberikan maklumat bermanfaat kepada publik sekali gus memenuhi sebaran
maklumat dan kesedaran alam sekitar kepada masyarakat. Namun, dapat dikatakan
bahawa dalam laman jaringan sosial Facebook, keupayaan organisasi menyalurkan
sebanyak mungkin maklumat bermanfaat berkaitan agenda organisasi di samping
misi dan visi organisasi adalah amat penting(Jauhariatul Akmal dan Jamilah Ahmad t.th: 178).
3. KEBURUKAN FACEBOOK
Facebook memiliki banyak manfaat, juga bahaya. Seperti pisau yang
mempunyai banyak manfaat kalau dipakai oleh penjual daging, namun boleh menjadi
alat kejahatan jika dipakai orang yang tidak bertanggungjawab.
Begitu diperkenalkan ke umum, status laman sosial Facebook langsung menjerat hati
jutaan penggemarnya. Media sosial ini dicintai karena memungkinkan seseorang
berhubungan kembali dengan teman lama dari sekolah atau perguruan tinggi tanpa
harus bertemu muka ( Belicove Mikal. Joe Kraynak, 2011: 45 ).
Namun begitu, Facebook juga mengandungi bahaya
dan keburukannya yang tersendiri. Orang yang mempunyai niat cenderung untuk
memanfaatkan keburukan itu di media apa pun, tidak terkecuali dalam Facebook.
Orang yang sering merasa dirinya kesepian juga punya potensi untuk tidak
terkendali dal ber-Facebook. Dalam
kehidupan yang realiti, ada sahaja kes pengguna Facebook yang meninggalkan aktiviti wajibnya,
pekerjaan, kerana asyik bermain Facebook. Adapun bahaya dari Facebook antara
yang lain sebagai berikut :
3.1 Ketagihan.
Banyak
dari Facebook( pengguna Facebook ) yang lebih dari satu jam di depan komputer ,
laptop ataupun telefon kerana asyik berbalas komen atau berbual, mereka menjadi
lupa pada waktu. Seorang ibu pernah berkata, “saya rasa susah hati jika tidak
ganti status di facebook.” Status-status
yang ada di facebook itu adalah sebagai untuk mengungkapkan apa yang kita
rasakan. Oleh itu, kerana ingin didengar oleh orang lain, maka statusnya harus
selalu diperbaharuinya, hati menjadi resah. Jika ini terjadi pada anda, bererti
anda harus hati-hati : anda sedang ketagihan Facebook ( Yanuardi Syukur, 2011,
19-21 ).
3.2 Kelalaian
Kelalaian ini boleh pelbagai disebabkan kerana
menganggap bahawa account Facebook yang dibuatnya sebagai miliknya,
sehingga mahu bagaimanapun isinya, itu “ adalah hak saya “. Maka, kerap juga
ada seorang perempuan yang selalunya berjilbab, namun kemudian juga menghantar
fotonya tanpa jilbab. Alasannya, “ ini kan hak saya!” selain itu, kita juga
menemukan ada yang berkomen tentang rahsia, bahkan berbicara dengan lucah yang
mungkin tidak dilakukannya dalam kehidupan sehari-hari kerana menganggap bahawa
Facebook hanya dunia maya, orang menganggap dia boleh bagi komen apa sahaja,
lupa bahawa komennya juga akan dibaca oleh orang lain, yang pastinya akan
menunjukkan keaiban dirinya yang sebenar. Ketika mereka sibuk dengan Facebook
mereka lupa dengan akhirat( Yanuardi Syukur, 2011, 19-21 ). . Seperti mana Firman Allah S.W.T :
tbqßJn=ôèt
#\Îg»sß
z`ÏiB
Ío4quptø:$#
$u÷R9$#
öNèdur
Ç`tã
ÍotÅzFy$#
ö/ãf
tbqè=Ïÿ»xî
ÇÐÈ
“Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari
kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu
tentang hari akhirat (Ar-Rum;30: 7 )
3.3
Mengganggu Pekerjaan.
Akibat
daripada ketagihan adalah mengganggu pekerjaan. Pekerjaan terkumpul, namun
kerana keasyikan ber- Facebook, akhirnya seseorang itu terlupa tentang
kerjanya. Ada kes seorang kakitangan pejabat memohon cuti kerana sakit. Namun,
kemudian ternyata dia online di Facebook. Akhirnya, dia pun dianggap
telah berbohong dan dipecat. Maka di sini seseorang itu rugi dalam menggunakan
masa dia. Dia tidak komitmen pada kerja dan juga tidak mengendahkan nasihat
orang yang menasihatinya( Yanuardi Syukur, 2011, 19-21 ). Seperti
mana Firman Allah:
ÎóÇyèø9$#ur
ÇÊÈ ¨bÎ)
z`»|¡SM}$#
Å"s9
Aô£äz
ÇËÈ wÎ)
tûïÏ%©!$#
(#qãZtB#uä
(#qè=ÏJtãur
ÏM»ysÎ=»¢Á9$#
(#öq|¹#uqs?ur
Èd,ysø9$$Î/
(#öq|¹#uqs?ur
Îö9¢Á9$$Î/
ÇÌÈ
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.” (Surah Al-Ashr: 103:
1-3 ).
3.4 Aplikasi Facebook
Membahayakan Privasi
Berhati-hatilah dalam memakai aplikasi Facebook karena aksi ini memungkinkan pihak pengembang aplikasi untuk melihat profile seseorang secara keseluruhan termasuk apa yang telah di hantar. Ada kemungkinan mereka menyebarkan info spengguna Facebook tersebut kepada pihak lain. Bukan hanya privasi pengguna Facebook sahaja, tetapi privasi teman mereka juga \ akan menghadapi risiko besar( Yanuardi Syukur, 2011, 19-21 ).
Seperti Firman Allah S.W.T :
!$£Jn=sù
öNßg8pgUr&
#sÎ)
öNèd
tbqäóö7t
Îû
ÇÚöF{$#
ÎötóÎ/
Èd,ysø9$#
3 $pkr'¯»t
â¨$¨Z9$#
$yJ¯RÎ)
öNä3ãøót/
#n?tã
Nä3Å¡àÿRr&
( yì»tG¨B
Ío4quysø9$#
$u÷R9$#
( ¢OèO
$uZøs9Î)
öNä3ãèÅ_ótB
Nä3ã¤Îm7t^ãZsù
$yJÎ/
óOçFZä.
cqè=yJ÷ès?
ÇËÌÈ
“Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka,
mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada
sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu
menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (dengan itu
kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian
kepada Kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu
telah lakukan.(Al-Mu’minun:10: 23 )
3.5 Username Juga Membahayakan
Dan Juga Menyebarkan Lokasi boleh Mendatangkan
Risiko.
Jika
tidak ingin scammer melacakmu via username,
sebaiknya tidak perlu menggunakan nama asli. Jangan member tahu tempat sesorang
itu berada di Facebook karena ini boleh mendatangkan risiko. Pencurian rumah
atau pengintaian (cyberstalking) boleh terjadi ketika
kamu memberitahukan lokasi di mana kamu berada ( Syarifah Mastura;1997; 68 ).
Ramai orang mengaku ketagih Facebook. Terbukti
facebook dapat mengundang 10 bahaya jika tidak berhati-hati. Sebelu kita
huraikan bahaya tersebut ternyata Facebook juga banyak manfaatnya jika bijak
menggunakannya.
Antara lain manfaat positif telah diakui banyak
pengguna Facebook telah berhasil menemui kembali rakan lama yang terputus
hubungan sehingga berpuluh tahun. Kini menjadi medium iklan yang hebat dan
berkesan baik itu iklan bisnis mahupun iklan sebagai alat kampanye politik. Ada
juga yang manfaatkan sebagai media dakwah Islamiah seperti di Malaysia tercatat
antara lain paling populer Ustaz Kazim Ilyas al hafiz dan Ustaz Azhar Idrus (
Hamzah Hamdani; 1982; 53 ).
Kita melihat keberkesanan media Facebook telah
berhasil menghimpunkan jutaan penunjuk perasaan di kota metropolitan Kairo yang
mendesak turunnya diktator Hosni Mubarak. Namun sebelum itu presiden Amerika
Serikat Barrack Obama merupakan presiden yang pertama mencapai kejayaan
menggunakan Facebook sebagai medium urusannya( Hamzah Hamdani; 1982; 53 ).
Seperti yang sebelum ini juga Obama juga
mengatakan Facebook ada bahayanya dan juga beliau memgingatkan remaja-remaja
Amerika supaya berwaspada bila ber-Facebook. Kata beliau “ saya peringatkan
kepada semua orang untuk hati-hati untuk menuliskan sesuatu di Facebook, kerana
di zaman YouTube, apapun yang kalian tulis, akan kembali lagi kepada kalian,”
ujar Obama.
“Kerana kamu masih muda, kamu membuat kesalahan
dan melakukan beberapa hal bodoh. Saya sering mendengar anak muda kalian tahu,
mereka memposting sesuatu di Facebook, dan tiba-tiba mereka melamar sebuah
pekerjaan dan seseorang telah mencarinya.”
Beberapa kali Obama mengacu kata “kesalahan”
ketika dia masih sekolah. Sebuah survey di bulan Jun yang dilakukan oleh
careerbuilder.com menunjukan 45% karyawan menggunakan Facebook yang saat ini
mempunyai 250 juta pengguna di seluruh dunia. untuk mencari pekerjaan pun,
kebanyakan melalui Facebook( Hamzah Hamdani; 1982; 53 ).
3.6 Memaparkan Lokasi yang boleh Mengundang Bahaya.
Jangan mempamerkan keberadaan kita di Facebook
kerana ini sangat berisiko. Pencurian rumah atau pengintaian (cyberstalking)
boleh terjadi saat kita memberitahukan lokasi kita.
Apabila mereka tahu di mana lokasi kita ia
lebih memudahkan mereka untuk merancang sesuatu agar kita tidak mengetahuinya
sebaliknya kita akan membuat prasangka kepada orang sekeliling kita. Tanpa kita
sedar bahaya yang datang itu atas kecuaan diri sendiri yang terlalu leka dengan
Facebook dan juga suka mempamerkan segala-galanya di dalamnya.Oleh itu,kita
perlu berhati-hati dengan status dan juga perkara peribadi kita dalam laman
sesawang jaringan sosial ini( Hamzah Hamdani; 1982: 53 ).
3.7
Gejala Sosial di Kalangan Remaja.
Menurut
maklumat di dalam Sinar Harian, 27 September 2012, Kepada para orang tua, anda
harus mengawal anak anda dengan siapa dia ber-chatting dalam Facebook. Cukup
banyak dilaporkan gejala sosial para remaja bermula daripada kenalan siber lalu
bercinta di alam maya kemudian mengatur pertemuan di alam nyata, akhirnya
terjerumus dengan pergaulan bebas.
Sebagai yang kita tahu, kejadian
rogol, culik dan hilang mejoriti nya berkaitan dengan kenalan yang tidak kenal
asal usulnya dan juga latar belakangnya. Selalu yang banyak menjadi mangsa
kepada kejadian seperti ini ialah remaja perempuan bawah umur, pelajar IPT, dan
juga golongan janda yang kaya. Pada kebiasaannya wanita yang menjadi mangsa
kepada Facebook ini. Silap terima kawan maruah diri akan tergadai.
Banyak yang dilaporkan dari media
massa mengenai kes-kes tentang gejala sosial ini. Antara sumber dari sinar harian yang mana membincang
masalah ini, menurut kandungan di dalam nya ialah Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi seperti telefon
pintar, tablet, komputer riba, notebook yang semakin hari semakin canggih dan
akses yang semakin mudah membolehkan sesiapa pun, yang mana anak kecil setahun
jagung memperoleh pendedahan dan menguasainya, walaupun sekadar bermain
permainan dunia maya. Banyak berlaku kerosakan di muka bumi ini. Memang Allah
menyeru manusia berkenal-kenalan tetapi ada batasnya. Sepertimana FirmanNya :
$pkr'¯»t
â¨$¨Z9$#
$¯RÎ)
/ä3»oYø)n=yz
`ÏiB
9x.s
4Ós\Ré&ur
öNä3»oYù=yèy_ur
$\/qãèä©
@ͬ!$t7s%ur
(#þqèùu$yètGÏ9
4 ¨bÎ)
ö/ä3tBtò2r&
yYÏã
«!$#
öNä39s)ø?r&
4 ¨bÎ)
©!$#
îLìÎ=tã
×Î7yz
ÇÊÌÈ
Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujaraat;
49;13 )
Dalam apa jua perkara,
pasti ada pro dan kontra, baik dan buruk, kekuatan dan kelemahannya. Apatah
lagi dalam usia muda, sikap ingin tahu dan mencuba dalam kalangan remaja amat
tinggi. Sebuah akhbar tempatan baru-baru
ini melaporkan peningkatan mendadak kehamilan anak luar nikah di kalangan
remaja perempuan pada tahun lepas, sekaligus menimbulkan kebimbangan di
kalangan masyarakat umum. Akhbar itu
memetik statistik Kementerian Kesihatan bahawa 18,652 remaja perempuan
mengandung tahun lepas dan daripada jumlah itu, 4,222 belum berkahwin
berbanding pada 2010 iaitu seramai 5,962 remaja perempuan hamil dan 1,521
daripadanya tidak berkahwin. Kebanyakan remaja perempuan terbabit berusia dalam
lingkungan 10 hingga 19 tahun
3.8
Facebook Faktor Keretakan Dan Keruntuhan Rumah Tangga.
Kenyataan
ini sudah banyak menjadi kes dalam mahkamah syariah yang mana suami isteri
bercerai gara-gara Facebook, ada juga yang melafazkan cerai kepada pasangannya
melalui Facebook. Seterusnya ada juga kes memukul pasangannya semuanya kerana
Facebook.
Kes
mengenai perkara selalu menjadi isu hangat di muka depan majalah-majalah. Ada
satu kisah yang mana isteri yang buat hal. Suami dia seorang yang penyayang
bagi kemudahan kepada isterinya tetapi isteri di ruamg leka dengan Facebook
lalu berkenalan dengan seorang lelaki yang mana lelaki itu juga memiliki
keluarga. Pada mula nya hanya berkawan lama-kelamaan hubungan rapat tanpa
pengetahuan pasangan masing-masing mereka mengadakan hubungan sulit. Sehingga
suatu hari itu suami wanita itu terjumpa gambar
dan surat cinta dari lelaki kenalan Facebook tadi. Perempuan itu merasa
bersalah sangat kepada suaminya, walaupun suaminya memaafkannya tetapi hubungan
,mereka sekarang tidak seperti dulu ( majalah wanita2012: 30 ).
4.
FACEBOOK: HALAL ATAU HARAM
Perkhidmatan halaman jejaring sosial, seperti Facebook ,
Friendster mahupun pembekal-pembekal perkhidmatan bual untuk menjalin hubungan
sosial lainnya sentiasa diawasi oleh ulama. Menurut berita dari halaman detik.com ( 22/5/2009 ), pondok
pesantren se-jawa dan Madura yang tergabung dalam Forum Komunikasi Pondok
Pesantren Puteri ( FMP3 ) mengharamkan pemanfaatan laman sosial secara berlebihan seperti mencari jodoh
mahupun pasangan( Yanuardi Syukur 2011: 22 ).
Penyataan
ini sesuai dengan hasil perbahasan dalam Forum Bahthun Masail di Pondok
Pesantren Puteri Hidayatul Mubtadien Lirboyo, keluruhan Lirboyo, kecamatan
Mojoroto, Kota Kendiri. “ Ini merupakan hasil pembahasan terakhir yang kami
lakukan semalam. Intinya, larangan ini kami keluarkan sesuaikan dengan aturan
yang sudah ada dalam ketentuan agama,” kata salah seorang ahli jawatankuasa
panel CFMP3, Masruhan, ketika ditemui detiksurabaya.com di Pondok Pesantren
Lirboyo, Jumaat ( 22/5/2009 ) ( Yanuardi Syukur 2011: 22 ).
Dijelaskan
oleh Masruhan, larangan tersebut ditekankan adanya hubungan antara lelaki dan
perempuan ( sosial ) yang berlebihan. Apabila hubungan tersebut dilakukan untuk
mengenal latar belakang seseorang dengan tujuan ingin menikahi disertai
keyakinan bahawa keinginannya akan mendapat restu dari orang tua, perkara
tersebut tetap diperbolehkan.” Di sini yang dilarang apabila penggunaan
Facebook hanya untuk mencari jodoh dan mengenali latar belakangnya dan tidak
dalam proses khitbah ( pinangan atau lamaran ),” jelas Masruhan. ( Yanuardi
Syukur 2011: 22 ).
5. DALAM
ISLAM, FACEBOOK ITU HALAL
Pensyarah Universiti Islam Negeri ( UIN ) Syarif
Hidayatullah Jakarta, Dr Abdul Halim, menyatakan, menggunakan halaman Facebook
tidak dilarang dalam Islam kerana untuk kemajuan kemaslahatan. “status Facebook
itu halal dan larangan menggunakan halaman persahabatan itu bertentangan dengan
hukum Islam, kerana manusia diberi kreativiti oleh Allah S.W.T. untuk
memanfaatkan alam dan alat untuk kepentingan kemajuan” (Yanuardi Syukur, 2011,
24-25 ).
Dia
menjelaskan, teknologi adalah sunnatullah dan tidak ada yang boleh
menghalangnya kerana dia akan berjalan terus. Yang menjadi persoalan,
menurut beliau, bukan alat perkhidmatan
atau Facebook, tetapi orang memakai alat tersebut(Yanuardi Syukur, 2011, 24-25
).
Dalam
Islam, juga ada sejumlah prinsip dalam agama iaitu harus boleh menggunakan
akal, tidak merosakkan agama, tidak merosakkan harta, dan tidak merosakkan
keturunan. Apakah adanya Facebook akan merosakkan itu semua? Tentu tidak. jika
semua kemudahan itu digunakan untuk kepentingan , maka ia dibolehkan dalam
Islam, yang tidak boleh adalah orang
memanfaatkan alat itu ke arah yang tidak baik(Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).
Facebook
adalah teknologi yang tidak boleh di sekat perkembangannya dan tidak melanggar
syariat Islam. Facebook juga boleh menjadi media dakwah. Facebook itu harus
dimanfaatkan ke arah yang positif, sehingga Facebook boleh menjadikan dunia
nyata yang mendatangkan banyak manfaat(Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).
Pada
dasarnya, yang diharamkan oleh Forum Musyawarah Pondok Pesantren Puteri ( FMPP
) se-Jawa Timur adalah penggunaan jejaring sosial seperti Friendster dan
Facebook yang berlebihan. Perkataan “ BERLEBIHAN” di sini ialah sebenarnya
harus menjadi tekanan, bukan pada laman
sosial itu sendiri(Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).
Berlebihan
yang dimaksudkan, kata Humas FMPP Nabil Harun di Kediri Jawa Timur, antara lain
jika penggunaannya menjurus kepada perbuatan maksiat dan yang tidak bermanfaat.
Ini juga berlaku pada penggunaan media
komunikasi lainnya, seperti audio call, video call, SMS, 3G. Yang
bermasalah bukan kemudahan tersebut, akan tetapi masalahnya adalah
penggunaannya. Sekiranya digunakan untuk kebaikan, ia adalah lebih baik dan
bermanfaat (Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).
6. PENUTUP
Kemunculan Facebook sebagai alat komunikasi
masa kini telah menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat dalam memantapkan
ilmu dan meningkatkan pengetahuan kepada masyarakat. Di dalam perkembangan dan
kepesatan serta taburan maklumat daripada Facebook menyebabkan berjuta-juta pengguna
Facebook memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat sehinggakan kepesatan
dunia siber ini sukar untuk dikawal.
Pelbagai
maklumat sama ada benar-benar sahih atau palsu, perkongsian idea, ideologi, dan
propaganda telah tersebar dan boleh dapat dengan mudah. Dalam sedar tidak sedar
telah menyebabkan berlaku banyak maklumat yang berunsur fitnah dan penipuan.
Justeru, haruslah diingat bahawa, jika sebaran itu adalah baik, maka ia bermanfaat
untuk semua, sebaliknya, sekiranya sebaran maklumat itu salah, maka tersebarlah
ia menjadi fitnah dan penipuan dalam maklumat. Justeru, perlulah ada saringan
maklumat yang dilakukan oleh pengguna Facebook sebelum mempercayainya dan
menyebarkan kepada umum. Dengan itu, sebaran maklumat yang salah dapat disekat
dan dijelaskan akan kesalahan atau penipuan maklumat tersebut baik kepada
maklumat individu, masyarakat atau sesebuah negara.
Tambahan
lagi, Perkembangan laman jaringan sosial menghasilkan fenomena sosial baru yang
mempengaruhi banyak bidang kehidupan individu. Kini Facebook telah mewujudkan
fenomena yang tersendiri di seluruh pelusuk dunia. Berlakunya interaksi melalui
perhubungan dengan keluarga, teman atau kerabat dari serata pelosok dunia dapat
dilakukan dengan mudah dan pantas hanya melalui mesej bertulis dan komunikasi
suara.
Secara tidak
langsung, laman jaringan sosial ini juga, memudahkan urusan dan kerja berkumpulan
yang boleh dilakukan di mana sahaja. Jenis interaksi ini secara tidak langsung
dan langsung dibina menerusi komuniti siber. Malah penggunaan Facebook bukan
lagi hanya untuk berinteraksi secara peribadi, tetapi telah berkembang sebagai
medium perantara dalam menyampaikan maklumat, menjalankan perniagaan,
pendidikan mahupun perkongsian gambar dan video.
Namun
begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga penjenayah siber yang cuba
untuk mendapatkan maklumat dengan menceroboh Facebook individu terbabit. Namun,
ini dapat diatasi dengan tidak mendedahkan perkara - perkara penting dan
menjaga diri serta waspada daripada kenalan-kenalan yang tidak dikenali ,
sedikit sebanyak boleh membantu mengelakkan diri daripada terjerumus menjadi mangsa
jenayah siber.
Sebenarnya banyak kebaikan yang boleh diperolehi
melalui Facebook. Ini kerana , ramai pengguna laman sosial memilih Facebook
sebagai tempat mencari maklumat dan kenalan. Sememangnya keburukan Facebook
tidak akan berlaku sekiranya pengguna Facebook itu sendiri pandai dan bijak
dalam membahagikan masa dan waktu daripada ketagih dengan Facebook kerana sebuk
dengan kenalan baru atau lama atau bermain aplikasi di Facebook.
Tambahan
lagi, kemampuan akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia untuk berfikir
dalam memilih sama ada baik atau buruk dalam menggunakan Facebook ini telah
menjelaskan dan membuktikan lagi bahawa , sebenarnya manusia mampu untuk
memilih jalan kebenaran dan menolak kebatilan.
Justeru,
dapatlah difahami disini bahawa, Facebook merupakan wadah terbaik dalam
penyebaran ilmu semasa dan terkini baik untuk individu, masyarakat dan negara.
Kemampuan penyebaran yang cepat dan penerimaan sambutan yang ramai merupakan
perkara yang boleh dimanfaatkan sekiranya sebaran maklumat itu adalah
kebenaran. Oleh itu. tiada istilah keburukan Facebook dalam minda seorang yang
mempunyai akal yang dipandu dengan syariat Islam dan niat kerana Allah
sekiranya ia mampu untuk menolak kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan.